Wednesday, March 30, 2011

Politik dalam Merong

Menonton filem Merong Mahawangsa mengingatkan aku kepada satu perkara, sebenarnya semua manusia cintakan kedamaian dan inginkan kebaikan menang ke atas kejahatan. Dan semua mahukan pemimpin yang adil saksama dan sanggup bekorban demi keamanan tanah air dan masyarakatnya. Dan kalau pemimpin itu kacak, tidak buncit dan tidak keding maka itu satu bonus.

Namun bila aku baca berita berita mutakhir, aku jadi tak faham. Kenapa pemimpin pemimpin yang kita pilih (walaupun tidak secara langsung) saling tuduh menuduh, dan saling menganiaya, tak macam Jehan (aku tak ingat nama watak) yang selepas kalah boleh mengaku Merong sebagai pemimpinnya. Merong pula tak menipu atau guna taktik kotor masa bertanding, maka semua orang hormat kepadanya.

Berbeza dengan sekarang. Kalau ada pertandingan memilih pemimpin, maka ada dakwaan taktik kotor digunakan. Ada dakwaan rasuah dan ada dakwaan pengundi hantu. Tak ada kah pemilihan yang telus yang boleh disaksikan semua orang macam perlawanan Merong menentang Jehan? Makanya apabila pemimpin dilantik pasti ada suara suara sumbang yang kedengaran yang mengatakan pemimpin itu tak layak dan sebagainya.

Itu satu hal. Bila dah dilantik lain pula halnya. Timbul pula suara rakyat yang diabaikan, nepotisme, kronisme, rasuah lagi dan pengagihan kekayaan yang tak sama hanya disebabkan sesetengah kawasan itu tak memilihnya masa pertandingan. Kenapalah nak buat macam ini sedangkan semuanya rakyat jelata. Adakah ini satu balasan dan peringatan akibat tak memilih si pemimpin? Kalau aku lah, sampai bila pun aku tak akan pilih ketua yang membeza bezakan rakyat yang dijaganya. Biarlah aku berjaya cara lain, cara yang aku suka.

Aku yakin dulu datuk nenek kita mengangkat senjata melawan musuh bagai Merong melawan Geruda bukan untuk melihat tanah air kita dipimpin begini. Pastinya mereka harapkan semua orang hidup aman damai dan menikmati hasil bumi tercinta ini secara sama rata. Okey, melampau agaknya kalau nak harapkan jenayah sifar. Sebab itu perlu ada polis, tentera dan mahkamah. Tapi sekurang kurangnya biarlah pemimpin itu bertanding secara telus, tak mengamalkan rasuah dan tak saling menuduh sebab nak menang pilihan raya.

Yang ini pula aku nampak perbezaan antara penduduk Semenanjung Emas dengan Malaysia sekarang. Dulu tak ada pula penduduk nak bergosip atau mempersoalkan kewibawaan Merong walaupun sebelum itu dia kaki romen dan pernah bunuh orang. Yang penting dia boleh buat kerja atau dalam konteks masa itu berani duduk depan masa perang. Sekarang ini kita lebih suka cerita pasal skandal seks pemimpin dari cerita pemimpin itu ada buat kerja atau tak. Bukanlah aku nak menggalakkan perlakuan tak senonoh tapi sepatutnya kita lebih mengutamakan kerjanya betul tak.

Oo..baru aku faham kenapa politik dalam Merong tak boleh diaplikasikan untuk politik zaman sekarang. Itukan cerita dongeng..huahuahuahua

Sunday, March 27, 2011

Earth hour: Jangan pandang luaran

Earth Hour ini disambut selama sejam bermula pukul 8.30 malam 26 Mac setiap tahun. Seingat aku, Malaysia turut serta menyambut Earth Hour bersama sama penduduk di seluruh dunia lebih kurang 3-4 tahun yang lepas. Tugas utama penduduk dunia semasa Earth Hour ialah bergelap dan mengurangkan penggunaan bahan api selama sejam antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.


Okey, aku sebenarnya terlupa dan tak sambut pun Earth Hour ini. Walaupun aku tak sambut tapi tak bermakna aku tak sokong. Aku cuma terlupa saja walaupun Earth Hour ini telah dikormesialkan sebegitu hebat sekali. Salah aku sebenarnya. Namun apa yang aku nak komen adalah dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa projek Earth Hour ini tidak berhasil.


Kata mereka, projek Earth Hour tidak berhasil kerana dikormesialkan. Ramai manusia hanya suka duduk bergelap beramai ramai atau berdua duaan selama sejam dan lepas itu kembali membazirkan bahan api sekaligus menyeksa bumi. Kata mereka lagi, apa guna berjimat selama sejam jika hasilnya tidak seberapa malahan aku rasa ada kajian yang dibuat untuk membuktikan bahawa bergelap selama sejam semasa Earth Hour meninggalkan kesan yang lebih teruk ke atas bumi. Aku macam pernah dengar tapi aku tak pasti.


Sebenarnya, apa yang aku rasa cuba disampaikan oleh penganjur dalam projek Earth Hour bukanlah bermaksud dengan bergelap itu dapat memberikan sumbangan besar secara terus ke atas bumi. Bukan. Apa yang cuba disampaikan mereka pada aku adalah supaya penduduk dunia ini berhenti sekejap dan berfikir. Bila dah duduk dalam gelap dan tak buat apa apa selalunya manusia akan berfikir. Secara tak langsung ini menyuruh manusia berfikir tentang dunia, tentang kerosakan yang dilakukan dan tentang apa sumbangan yang patut manusia lakukan untuk menyelamatkan dunia ini.


Dengan terlibat sama dalam projek Earth Hour, secara tak langsung mereka berasa bahawa mereka telah terlibat sama dalam misi menyelamatkan dunia. Dalam proses itu mereka mungkin akan berasa seronok. Sebenarnya manusia memang senang berasa seronok apabila melakukan kebaikan. Memang dah lumrah kot. Dan bila manusia mula berasa seronok, pasti mereka akan cuba mengulangi keseronokan itu. Dari sini, akan timbul satu kesedaran untuk menjaga bumi ini yang walaupun kecil tetap layak dipanggil kesedaran.


Tak percaya ataupun tak paham dengan apa yang aku cakap? Okey, aku beri satu contoh mudah. Sekarang ini kan ada kempen tiada beg plastik di kompleks membeli belah pada hari Sabtu. Kalau ikut logik, manusia akan marah kerana ini membebankan mereka. Mana tak beban kalau beli sampai penuh satu troli tapi tak ada beg plastik. Ada penentangan tapi minimal. Yang majoriti menyokong usaha ini dan sanggup keluar duit 20 sen kalau terpaksa, contohnya kalau beli barang basah macam ikan. Kenapa manusia menyokong perkara yang membebankan mereka? Kerana ada kesedaran bahawa apa yang mereka buat ini menolong bumi dan secara tak langsung mereka rasa seronok. Okey, aku tak tahu pasal orang lain tapi memang aku rasa seronok kalau dapat membuat sesuatu untuk bumi. Mungkin kerana aku asal dari tanah.


Siapa berani kata yang dia pasti benda ini tak ada kaitan langsung dengan projek Earth Hour? Aku tak berani sebab aku dapat kaitkan benda ini dengan benda itu. Dan siapa kata yang dengan mengkomersialkan Earth Hour, projek ini tak menepati matlamatnya. Bagi aku komersial itu penting sebab dapat menyampaikan info dan promosi kepada lebih ramai orang untuk turut serta. Ala, kalu ditengok balik, tak perlu sebenarnya bergelap selama sejam kalau masa tidur kita tutup lampu. Dari situ kita dah dapat bergelap 6-8 jam. Setiap hari pula. Namun yang penting pengisiannya. Kita bergelap 6-8 jam untuk tidur tetapi kita bergelap sejam untuk berfikir tentang bumi.


Kesimpulannya, jangan pandang luaran sahaja pasal projek Earth Hour ini. Cuba tengok apa kesan yang mampu dicapai apabila manusia berfikir tentang bumi selama sejam dan berjam jam sebelum itu melalui promosi yang dijalankan. Kalau tengok dalam tv pun mesti ada perasaan terharu bila nampak bandar bandar utama dunia memadamkan lampu dan bergelap. Satu perasaan yang indah bukan?


Nota kaki:
JAIS:       Ni buat apa dalam gelap dua orang nih?
Pasangan: Err..sambut Earth Hour, bang..huahauhaua

Saturday, March 26, 2011

CEWAH: Coretan dan pengalaman

Untuk edisi sulung siri baca buku ini, aku nak memperkenalkan sebuah buku yang baru dilancarkan oleh Sindiket Sol-Jah pada malam ini di Maskara Shorties. Buku bertajuk CEWAH ini adalah hasil karya saudara Pipiyapong, seorang blogger yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sebenarnya tak ada apa pun yang ingin aku nak ceritakan pasal buku ini. Sesiapa yang mengikuti Pipiyapong pasti dapat mengagak isi kandungan buku CEWAH. Tambahan pula, aku baru saja beli buku ini dan baru tengok gambar gambar yang ada sambil baca dua tiga cerita pendek. Jadi tidak layak untuk aku bercerita tentang buku ini sebenarnya. Lagi pula, kalau aku bercerita tentang isi kandungannya, bukankah sudah menjadi 'spoiler' terhadap buku ini?

Lalu, apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan di sini. Aku hanya hendak bercerita tentang kenapa aku ingin sangat memiliki buku ini. Dan kenapa pula aku membeli buku ini tanpa berfikir dua tiga kali seperti semasa aku membeli buku buku lain di kedai buku.

Aku mengenali saudara Pipiyapong dan blog Hilang Punca pada hujung tahun 2009. Sejak itu aku memang tertarik dengan gaya dan cara penulisannya yang bersahaja tapi padat dengan pengalaman hidup, sesuatu yang jarang ada pada blog blog lain. Tapi aku tak ada lah sampai nak terikut ikut guna 'gua' 'lu' macam dia. Sedikit kesal kerana aku terlewat mengenalinya sehingga terlepas blooknya yang pertama, KACIP. Oleh itu, mendengar khabaran blook keduanya akan berada di pasaran, mengenangkan blook pertamanya yang tidak diulang cetak biarpun ribuan yang meminta membuatkan aku tidak sabar untuk segera mendapatkan blook terbarunya ini.

Sesungguhnya aku kagum dengan saudara Pipiyapong yang berprinsip. Kalau dia hendak, boleh saja dia ulang cetak blooknya. Permintaan dah beribu dan senang senang sahaja kalau dia mahu kaya. Tetapi baginya dan rakan rakannya, konsep 'rare' dalam buku yang diterbitkan membuatkan ianya tidak akan diulang cetak lagi. Jarang sekali aku terjumpa dengan orang orang yang berprinsip kuat untuk berkata tidak kepada keuntungan di hadapan mata.

Lalu aku beli dan aku percaya orang lain juga membeli blook CEWAH bukan semata mata kerana isi kandungannya. Namun lebih kepada menyokong prinsip hidup saudara Pipiyapong yang tidak hidup berpaksikan keuntungan. Dan lebih kepada rasa terima kasih atas suka duka yang dikongsinya secara jujur bersama pengunjung pengunjung blognya. Malahan aku sedikit terkilan apabila ada yang mempersoalkan harga blook tersebut. Walaupun aku orang luar, aku rasa harganya berpatutan dan sepatutnya blook ini tidak dinilai dengan harganya tetapi dengan isinya.


Secara jujurnya aku mengakui, terlintas juga di fikiran untuk membeli dua tiga buah blook CEWAH ini sebelum kehabisan. Mudah sahaja untuk membuat untung atas angin seperti mlm dengan menjualnya dengan harga berlipat kali ganda. Pasti ada pembeli. Namun hasrat itu aku buang jauh jauh sambil berasa malu pada diri sendiri. Pertamanya kerana ini bukan blook aku dan keduanya tidak layak untuk berkata aku mengkagumi saudara Pipiyapong jika aku berbuat sedemikian.


Maaf, mungkin entry ini kelihatan terlalu memuji atau membodek. Tapi aku rasa aku sudah tulis apa yang aku rasa. Dan aku sudah puas hati dengan apa yang aku tulis. Akhir kata dan sebelum kembali menyambung pembacaan, aku 'quote' sedikit dari blook ini untuk penghayatan bersama.

"Nak menulis ni, ko kena ada buah pelir." - Pipiyapong, CEWAH 2011




Nota kaki: Terima kasih Pipiyapong untuk autograf anda dan kerana mengakui MU power walaupun dalam hati kau mesti dah mencarut carut masa tu..huahuahuahua

Siri cerpen merapu mingguan 3: Sema'on salah orang

Hari: Sabtu (hari kebiasaan untuk berdating).
Cuaca: Sepoi-sepoi bahasa yang sejuk mata memandang.
Lokasi: Rahsia tapi tahu juga akhirnya.

Sema'on sampai di tempat yang dijanjikan tepat pukul 12 tengah hari. Tergesa-gesa juga dia tadi sampai berpeluh-peluh satu badan. Namun Sema'on tak kisah kerana kewangian badannya dijamin one drop perfume. "Cuma setitik, wangi sepanjang masa," begitulah kata-kata Rozita Che Wan, artis popular dari dalam tv yang mendorong pembeliannya tempoh hari.

"Tak sia-sia aku beli perfume ni sampai sekotak," Sema'on bersuara antara dengar dan tidak. Pada mulanya dia berasa rugi kerana terpaksa membeli sampai 4 botol yang dipek sekotak. Alasan mak cik tuan punya kedai minyak wangi kecil-kecilan itu, susah nak jual sebotol-sebotol. "Kurang mendapat sambutan," tambah mak cik itu lagi sambil tersenyum sinis.

Sema'on memandang sekeliling. Jauh pemandangan luas pengalaman bak kata sesetengah cikgu. Kompleks membeli-belah ini memang super besarnya. Tak hairanlah kalau tempat ini dinamakan supermarket. Namun tuan punya tempat ini tak berkenan dengan nama supermarket. tak berjiwa Malaysia katanya. Lantas dinamakan Menara Wak Asan sempena namanya.

Menara Wak Asan memang unik dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Mengikut pelan asal, Kompleks membeli-belah, pejabat dan tapak funfair ini dijadualkan dibina setinggi 100 tingkat. Namun atas sebab bantahan keras segelintir rakyat Malaysia di dalam sebuah grup fesbuk 'Kami Membantah Menara Wak Asan Kerana Namanya Tak Sedap', rancangan asal dipinda. Wak Asan, seorang tokoh konglomerat terkenal menggelengkan kepalanya kecewa. Atas dasar merajuk, beliau mengambil keputusan mendirikan bangunan setingkat yang luasnya 100 kilometer persegi. Namun nama Menara Wak Asan dikekalkan. Ada nilai sentimental katanya. Entah betul entah tidak.

"Hello, awak ni encik Sema'on ker?" suara lembut wanita dari belakang mengganggu pembacaannya di papan penerangan sejarah Menara Wak Asan. Dia meneguk air liur. "Masanya sudah tiba," fikirnya.

"Yes, saya Sema'on," balasnya sambil berpaling ke belakang dengan perasaan berdebar-debar. Mukanya dikontrol agar kelihatan lebih kacak dari biasa.

Sebaik terpandang si wanita, Sema'on jadi panik dan gelabah macam ayam berak kapur. Perasaannya dari berdebar-debar jadi termengah-mengah. Dua-tiga kali air liur diteguk tapi masih kering tekaknya. Lidahnya jadi kelu seribu bahasa. Dia hilang punca!

"Aa, baguslah kalau awak ni encik Semaon," sambung si wanita sambil tersenyum. Nampak benar perasaan lega yang terpancar di wajahnya.

"Er..awak ni..awak ni..cik Markonah ker?" akhirnya Sema'on berjaya menyusun huruf-huruf membentuk kata-kata. Dia memandang dari atas ke bawah wanita yang memiliki susuk tubuh saling tak tumpah macam Adibah Nor itu. Lagu 'Pelamin Anganku Musnah' dendangan Azie terngiang-ngiang di telinganya.

"Eh, taklah. Ini saya jumpa dompet dekat atas lantai tadi, Ada mykad encik di dalamnya," balas wanita itu sambil mengunjukkan sebuah dompet kulit cap boye ke arah Sema'on. Terkejut juga Sema'on sambil meraba-raba poket belakangnya. "Bila masa dompet aku jatuh?" getus hati kecilnya.

"Eh..eh..hehe..eh..eh," Sema'on kehilangan kata-kata sekali lagi. Dia berasa betul-betul bersyukur. Namun dia kurang pasti sama ada dia bersyukur kerana dompetnya tak hilang atau kerana wanita itu bukan Markonah.

Sema'on memandang ke depan. Wanita itu telah kembali ke pangkuan familinya, seorang lelaki yang kacak dan ada gaya abah-abah bersama seorang anak kecil yang comel. Anak kecil itu memang comel, fotogenik dan ada nilai komersial. Kalau berlakon iklan pet pet kompem laku.

"Don't judge a book by it's cover," Sema'on bersuara antara dengar dan tidak sambil menggeleng-gelengkan kepala. Sama ada dia faham maksud sebenar peribahasa itu dia sendiri kurang mengerti.

Wednesday, March 23, 2011

Siri rasa makanan: kueytiaw goreng dang wangi

Antara kedai masakan mee goreng dan kueytiaw goreng yang aku rasa sedap dalam kuala lumpur ini terletak bersebelah kedai kasut bundle dan balai polis dang wangi. Kedai ini walaupun nampak biasa biasa sahaja dari pandangan zahir sebenarnya menyimpan resepi mee goreng dan kueytiaw goreng yang memang sedap menusuk sukma.


Kedai ini yang sampai sekarang aku tak tahu namanya kepunyaan sepasang suami isteri (aku rasalah, tak pernah sibuk nak tanya) kategori otai. Cara masakannya memang sempoi, sepinggan sekali. Disebabkan cara masakan ini, waktu menunggu boleh sampai ke tahap satu jam kalau orang ramai dan berdegil nak tunggu. Tapi masa menunggu itu memang berbaloi. Percayalah.


Okey, sambil sambil tunggu pengunjung boleh mengalas perut dengan telur rebus, pisang, cucur udang dan tauhu sumbat. Tauhu sumbat aku tak pernah rasa tapi cucur udang dia pun sedap juga. Kalau yang tak sabar menunggu boleh saja makan nasi lemak, mee rebus dan juga laksa. Tapi selalunya kalau sudah datang memang aku tunggu juga.


Antara mee goreng dan kueytiaw goreng, aku nampak ramai yang pilih yang kedua. Tapi bagi pendapat peribadi aku, aku lebih suka dengan mee gorengnya. Resepi memang sama tapi mee goreng dia lagi sedap. Aku rasalah. Lagipun kalau kueytiaw goreng, aku rasa ada satu tempat lain yang lebih sedap.


Kadang kadang kalau ramai sangat orang, mak cik juga akan memasak sebab tempat masakan ada dua. Pekerja yang lain macam tak diajar cara memasak, mungkin tak nak mereka buka cawangan sendiri. Tapi selalunya dalam hati aku akan berharap bahawa pinggan yang aku pesan akan datang dari kuali pak cik. Mungkin sebab dalam hati aku masakan pak cik lebih sedap kot..huahuahua


Aku harapkan kedai ini akan berkekalan buat satu jangka masa yang lama. Tapi nampaknya pelan peralihan kuasa tidak berjalan lancar sebab tak nampak anak mahupun anak murid pak cik. Memang penat nampak dia memasak tak berhenti henti sepanjang masa.


Okeylah, mee goreng aku pun dah sampai. Makan dulu sementara panas. Sedaappp.

Buat troll berpada pada, butthurt jangan sekali

Aku kadang kadang bengang juga dengan sikap segelintir yang melabel diri mereka kaki troll nih. Okeylah, tak kisah kalau sesetengah benda yang tak sensitif sangat tu kau nak troll. Nak troll peminat Manchester United ker, nak troll peminat Fasha Sanda ker, nak troll penyokong Pakatan Rakyat ker tak kisah lah. Benda benda tu bukannya penting sangat pun. Kau nak troll sampai kau mati pun aku peduli apa. Kau punya sukalah.

Tapi takkan semua benda  pun kau nak troll atas sebab kebebasan bersuara. Contohnya pasal isu pelbagai bangsa dalam Malaysia ini. Semua orang tahu yang bangsa bangsa dalam Malaysia ini belum cukup bersatu lagi. Walaupun dari luaran nampak hidup aman damai, sebenarnya antara bangsa masih ada perasaan iri hati dan syak wasangka. Belum boleh dikatakan bangsa Malaysia.

Kau tahu tak dengan perbuatan kau mentroll satu bangsa, bangsa-bangsa lain yang iri hati tumpang sekaki menggelakkan bangsa itu. Bila jadi macam itu, kesannya macam 'domino effect' bila bangsa yang kena gelak mula rasa bengang dan marah marah lalu saling mengutuk pun berlarutan. Okey, aku rasa ramai yang sedang berusaha ke arah bangsa Malaysia terutamanya yang muda muda. Hanya segelintir yang kurang matang saja yang sanggup menggelakkan bangsa lain nih. Tapi atas sebab tindakan kau itu, benda yang baru nak disemai mungkin hancur punah. Masyarakat lain lain bangsa boleh kembali berbalah dan syak wasangka. Sampai bila nak bersatu macam ini?

Benda ini aku sudah nampak sejak dari Malaysia Today lagi. Bangsa Melayu atau bumiputera selalu kena kutuk oleh pengomen pengomen yang kononnya professional. Tapi kalau bangsa lain kena kutuk, mengamuk  pula dia orang semua. Sebab itu aku muak dan tak masuk sana dah. Muak dengan perangai pengomen walaupun ada sesetengah artikel yang membuka mata aku tentang Malaysia. Okey, aku bukan Perkasa atau Pekida nak mempertahankan Melayu, tapi aku rasa semua bangsa pun ada masalah. Tapi buat apa kita nak saling mengutuk dan mencerca. Sama samalah perbaiki kesilapan diri dan berjuang ke arah perpaduan. Ke arah bangsa Malaysia.

Kepada si suka troll nih, dah tak ada benda lain ker nak troll sampai benda yang boleh memecahbelahkan bangsa Malaysia pun suka? Lepas itu kalau ada pengomen yang tak setuju dianggap 'butthurt'. Peh, kuasa besar betul kau yer, apa yang kau kata kau panggil troll, apa yang orang lain kata kau panggil butthurt. Macam gampang.

Yang sedapnya jadi si troll nih, selalunya dia orang banyak pengikut. Jadi bila ada pengomen yang tak bersetuju dengan si troll, pengikutnya akan beramai ramai mengutuk si pengomen ala ala 'gang bang'. Ini mengingatkan aku kepada konsep buli di sekolah. Selalunya yang jadi mangsa akan dibuli secara jemaah oleh pembuli pembuli. Kalau sorang lawan sorang memang susah nak jadi kes buli nih.

Okey, ini pendapat peribadi aku. Aku rasalah, orang yang suka troll nih kemungkinan masa sekolah dulu dia mangsa buli atau kena troll secara fizikal. Dan dia tak dapat melepaskan kemarahannya sama ada kerana dia tak ada junior atau dia pun dibuli oleh junior. Akibat tak dapat melampiaskan nafsu amarahnya, dia terbawa bawa sampai ke dewasa. Jadi sekarang bila dia boleh troll orang dalam internet, blog dan forum dia rasa sangat best. Best gilerrrr.

Sebenarnya aku tak ada hak pun nak halang si kaki troll nih. Kalau dilayan lebih lebih pun tak dapat faedah pun. Kalau aku komen pun, aku akan letak pendapat aku dan 'move on' dan tak tengok dah artikel si kaki troll. Bukan apa, kalau asyik berbalas komen kang jadi perang plak. Menghabiskan masa jer.

Apapun, kepada si kaki troll, selamat bertroll. Yalah, kau sorang jer yang pandai troll, orang lain pandai butthurt jer kan.  Aku pun kadang kadang bergelak ketawa juga bila tengok orang butthurt dengan kau punya troll, terutamanya penyokong Liverpool..huahuahuahua

Tuesday, March 22, 2011

Memahami masalah hutang Manchester United

Hai semua terutamanya para ABU. Okey, aku tahu korang tengah fikir idea nak bahan Man Utd tapi tak jumpa jumpa lagi kan? Tak apa, hari ini aku murah hati. Jadi mari aku bagi satu idea malar segar iaitu masalah hutang Man Utd.

Untuk yang sentiasa mengikuti perkembangan Man Utd terutamanya para ABU, mesti korang sudah terkekeh kekeh ketawa apabila membaca berita Red Football Joint Venture Limited, syarikat induk setan merah merekodkan kerugian bersih sebanyak seratus empat perpuluhan tujuh juta Pound Sterling untuk musim lepas.

"Macam mana boleh rugi nih, musim lepas bukan untung enam perpuluhan tiga juta Pound ker?" tanya mereka iaitu para ABU. Jawapannya ialah tiada Cristiano Ronaldo kedua yang dijual pada musim ini. Senangkan jawapannya.

Okey, antara sebab utama kerugian adalah kerana sebanyak empat puluh perpuluhan tujuh juta Pound dibelanjakan untuk menggantikan loan bank berfaedah tinggi kepada bon bernilai lima ratus dua puluh enam juta Pound dan tiga puluh juta Pound sebagai pembayaran faedah loan.

"Banyak nak mampus hutang, macam setan!" para ABU pun berkata.

Ya, pemilik Man Utd memang lebih setan daripada setan merah. Untuk membeli Man Utd dulu, mereka meminjam daripada bank yang mengenakan faedah tinggi. Selepas terkena faedah yang begitu tinggi, mereka beralih kepada bon untuk menggantikan loan bank. Untuk info ringkas, bon atau sekuriti mirip kepada hutang yang perlu dibayar pada apabila matang pada masa yang ditetapkan namun pemilik bon perlu membayar kupon kepada pembeli bon. Bon yang diisu pemilik Man Utd ini akan matang pada tahun dua ribu tujuh belas dengan kupon lebih lapan peratus. Ketika ini, lagu gali lubang tutup lubang dendangan Salleh Yaakob mungkin akan bermain di minda.

Tapi itu belum cukup setan lagi. Yang lebih setan apabila terkandung di dalam prospektus bon menyatakan pemilik Man Utd boleh mengeluarkan duit kelab antaranya untuk membayar hutang dan membayar diri mereka sendiri sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih kumpulan (induk dan subsidiari)setiap tahun. Memang dasar kapitalis, lintah darat dan along. Betul-betul perah duit keluar dari kelab secukup rasa.

Kalau nak diceritakan lebih lanjut tentang hutang ini memang tak buat kerja lain aku hari ini. Bagi aku sebab utama hutang hutang ini menjadi semakin besar bila orang tak ada duit nak beli barang. Bila tak ada duit beli barang, buat hutang. Bila tak ada duit bayar hutang, buat hutang lagi besar dan seterusnya. Dari sini kita boleh nampak konsep kad kredit dari skala besar. Oleh itu berjaga jagalah wahai pemilik kad kredit dan penghutang semua. Anda semua adalah Glazer skala kecil.

"Apakah ada sinar harapan lagi untuk setan?" tanya para ABU.

Maafin saya para ABU, Man Utd bukanlah Leeds yang rebah kerana hutang. Pada tahun 1901 ketika masih lagi bergelar Newton Heath L&YR F.C (ada orang kata kalau tak tau fakta ini Man Utd fan poser namanya), kelab ini dibebani hutang sehingga diancam bankrupsi. Namun telah diselamatkan oleh John Henry dan ditukar nama kepada Man Utd pada 1902. Pada tahun 1927, sekali lagi kelab ini dibebani hutang namun diselamatkan James W Gibson. Jadi perkara hutang ini sebenarnya bukan masalah kerana pasti ada mereka yang berminat untuk menyelamatkan si setan merah.

Akhir kata, aku harap syarikat si Glazer tak mampu bayar hutang dan terpaksa melepaskan 'cashcow' kesayangan mereka. Apa ada hal, kecil tapak tangan kumpulan penyokong kaya Man Utd, "Red Knights",dulang petroleum tok arab tadahkan. Mungkin lumrah dunia, pasti ada manusia yang akan terjerumus ke lembah setan..huahuahua

Sumber nombor: Bloomberg

Filemnya menyentuh jiwa

Hujung minggu lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Aswara untuk menyaksikan filem filem arahan Akira Kurosawa. AK merupakan seorang pengarah yang disegani bukan sahaja di Jepun, malahan sampai ke Amerika.

AK kalau dalam Malaysia aku rasa setaraf dengan P Ramlee. Sudahlah filem filem hitam putih dia banyak menang anugerah, kebanyakkannya pula masih malar segar sampai sekarang. Malahan pengarah macam George Lucas pun terinspirasi daripada karya arahan beliau.

Okey, sebenarnya aku tak pernah pun menonton filemnya sebelum ini. Yang paling dekat pun anime Samurai Seven yang dibuat berdasarkan filem Seven Samurai. Oleh itu apabila ada kesempatan menonton filem filem beliau di dewan kuliah Aswara (secara percuma!), peluang ini tidak aku lepaskan.

Tiga filem yang aku tonton sepanjang festival filem sempena 100 tahun kelahiran AK itu berlangsung. Dua adalah filem terkenalnya iaitu Seven Samurai dan Yojimbo manakala satu lagi filem bertemakan birokrasi dan kemasyarakatan, Ikiru. Sedikit terkilan kerana tak dapat menonton sebuah lagi filem terkenalnya, Sanjuro kerana komitmen kepada keluarga.

Filemnya menjadi bukti bagaimana cara arahan dan intepretasinya menjadi ikutan dan model kepada pengarah pengarah terkenal di seluruh dunia. Dan aku juga sedikit kesal apabila tidak mencari maklumat atau setidak tidaknya membaca wikipedia tentang filem filem AK yang lain. Sebabnya, bila aku baca balik macam mana dia buat filem filem itu, apa inspirasi dia dan apa objektif dia, rasa nak tengok pula. Mungkin nanti nak kena pergi beli dvd pula..huahuahuahua

Apapun terima kasih atas sumbangan filem filem kau wahai Akira Kurosawa. Walaupun kau sudah tiada, terasa juga aku nak mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepadamu. Dan sesungguhnya, walaupun aku hanya mengenal kau melalui google, Wikipedia dan filem filem kau, tercalit juga sedikit rasa bangga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kau. Terasa yang aku juga mampu pergi lebih jauh dan membuat sesuatu yang bermakna dengan hidup aku kini.

Nota kaki: Aku peminat Vagabond. Kalaulah aku tahu dari awal filem Sanshiro Sugata adaptasi daripada Miyamoto Mushashi, pasti aku pergi tengok.

Sunday, March 20, 2011

Bola sepak Malaysia: kelab atau negeri?

Ini hanyalah satu pandangan aku mengenai bola sepak Malaysia. Pandangan ini bersifat peribadi dan mengikut pemahaman sendiri.

Ada seruan supaya pasukan negeri perlu dimansuhkan dari bermain dalam liga bolasepak tempatan dan kelab-kelab bola ditubuhkan seperti Gombak United dengan Petronas sebagai pemegang syer utamanya. Ini sebab FA negeri yang menguruskan pasukan negeri menggunakan duit yang diberi penaja dan FAM untuk menguatkan pasukan masing-masing, bukannya untuk perkembangan bola sepak negeri seperti liga bola sepak negeri dan akademi bola sepak negeri. Betulkan kalau aku salah.

Tak dinafikan dari satu sudut, seruan ini banyak yang betul. FA negeri tidak patut mentadbir pasukan negeri. FA negeri patut memfokuskan pada perkembangan negeri, pada liga bola sepak budak sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. FA negeri patut membangunkan akademi bola sepak negeri supaya anak-anak muda lebih berminat masuk akademi bola sepak dari akademi fantasia, awek-awek cun lebih mengejar keeper johan bola sepak daerah daripada mengejar johan karaoke negara dan makcik-makcik lebih sibuk mempertikaikan kemenangan juara bolasepak negeri berbanding juara lagu!

Namun begitu, aku berpendapat yang pasukan negeri tak patut dibubarkan. Pasukan negeri sepatutnya disyarikatkan, anak-anak watan dapat menjadi pemegang-pemegang syer dengan membeli saham semudah membeli ASB atau sijil simpanan premium. Badan pengurusan yang berdaya saing dan berjiwa business dilantik agar dapat menarik penaja, menjana sumber kewangan berterusan sekaligus membuat keuntungan. Kalau tak untung dan kerugian berterusan, atau kalau manager asyik fikir macam mana nak kalah, peminat-peminat boleh bawa placard ke stadium menyuruh pengurusan berundur dan manager dipecat untuk digantikan dengan lagenda pemain. Kalau nak cepat boleh buat EGM dan undi tak percaya.

Jadi apa bezanya pasukan kelab macam Gombak FC, Gadek United dan Gunosukod Pangaits dengan pasukan Selangor, Melaka dan Sabah. Perbezaan yang paling utama yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah pasukan bola sepak dan sumber kewangannya ialah jumlah penyokong. Kalau nak kaji jumlah penyokong sesebuah pasukan, kita kena tengok jumlah kepadatan penduduk kawasan atau daerah pasukan tersebut diasaskan atau menjadi wakil kawasan tersebut.

Untuk membuktikan jumlah kepadatan penduduk menyumbang kepada pasukan yang menjadi wakil pasukan tersebut, aku ambil liga super Indonesia sebagai benchmark. Kalau ada orang tanya kenapa tak ambil EPL, La Liga atau liga-liga yang sekelas dengan kemasyhuran mereka, jawabnya liga-liga itu mempunya penyokong unversal di seluruh dunia. Hatta dari Ceruk Tok Kun sekalipun ada yang menyokong pasukan-pasukan hebat seperti Liverpool, Blackpool dan juga Wolves. Jadi kepadatan penduduk di kawasan tersebut sudah tidak penjadi penentu utama kepada kelansungan hidup pasukan-pasukan tersebut.

Berbalik kepada Liga Super Indonesia (LSI), kalau mengikut www.world-gazetteer.com, 18 kawasan di Indonesia mencapai kepadatan penduduk melebihi 500 ribu orang. Juara musim 2009/10 ialah Arema Indonesia, letaknya di Malang dan berkepadatan 1.75 juta penduduk. Daerah Malang ini menempatkan satu lagi pasukan iaitu Persema Malang di dalam LSI, puratanya 875 ribu penduduk untuk setiap pasukan. Manakala naib johan musim 2009/10 ialah Persipura Jaya, letaknya di daerah Papua yang berkepadatan penduduk 2.9 juta (2010). Daerah Papua menempatkan satu lagi pasukan iaitu Persiwa Wamena. Jadi 1.45 juta penduduk untuk setiap pasukan. Secara ringkas, total timnas bola dalam Liga Indonesia ialah 161 pasukan (ISL sampai Divisyen Kedua jer sebab Divisyen Ketiga dikira Liga Amatur), tapi Indonesia ada 237 juta penduduk, jadi secara puratanya ada 1.47 juta penduduk untuk setiap pasukan. Tak hairanlah kalau setiap pasukan ni mampu berdaya saing sesama sendiri kan.

Kalau kita lihat keadaan di Malaysia, rata-rata daerah berkepadatan rendah. Hanya 11 daerah yang melebihi kepadatan 500 ribu penduduk iaitu 6 di Selangor (Subang Jaya, Klang, Ampang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan Shah Alam), 2 di Sabah (KK dan Sandakan) dan 3 lagi masing-masing di Johor Bahru, Ipoh dan Kuching. Aku rasa hanya 11 daerah nih jer yang akan survive dari masalah kewangan kalau menjadikan kutipan tiket sebagai hasil pendapatan utama. Kalau Gombak FC yang berkepadatan 80 ribu penduduk nak berlawan dengan Pasir Mas FC yang ada 19 ribu penduduk, sapa laa yang nak pergi tengok.

Apa yang aku nak sampaikan di sini? Bagi aku, pasukan negeri tak patut dimansuhkan sama sekali. Sebabnya pasukan negeri sudah terbukti ada market dan ada penyokong sendiri. Pasukan negeri sepatutnya diasingkan daripada FA negeri dan disyarikatkan. Biarkan orang ramai dan syarikat-syarikat besar di Malaysia menjadi pemegang saham, bukan hanya setakat penaja. Petronas contohnya mungkin akan menaja negeri yang berkepentingan dengan mereka seperti Sarawak, Plus dengan KL dan Pahang dgn Genting (boleh dipertimbangkan kot). Maybank, CIMB, Maxis pun mesti nak tumpang sekaki sekali untuk promosi.

Dalam masa yang sama, daerah-daerah yang berkepadatan penduduk tinggi tu boleh diketengahkan menjadi pasukan kelab. Kelab-kelab nih risikonya rendah sebab dengan kepadatan tinggi, penyokongnya dijangka ramai. Macam pasukan negeri jugak, saham-saham patut dijual kepada orang ramai dan syarikat-syarikat besar. Buat apa letak iklan Ini Daerah Celcom dekat merata Ampang kalau Celcom tak berani beli saham Ampang Jaya FC. CEO-CEO syarikat besar, datuk-datuk dan VVIP pun kena ubah skop pemikiran. Buat apa taja artis glamer sampai setahun dua yang akhirnya merejek korang kerana kegemukan dan kehodohan korang. Baik korang taja kelab bola Subang Jaya United, lagi berfaedah. Senang citer, Selangor jer laa yang kita mansuhkan dari Liga Malaysia dan pecahkan kepada 6 kelab berasingan..huahuahua.

Akhir kata, kalau diformulakan dengan betul, pasukan kelab dapat mempunyai jumlah penyokong yang ramai untuk menjana pendapatan mereka sekaligus duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pasukan negeri yang ada.  

Siri cerpen merapu mingguan 2: Sema'on si pandai mengayat

"Woof! Woof! Woof!"

Anjing Rottweiler bernama Augustine milik jiran Sema'on menyalak garang sebaik ternampak Sema'on keluar dari rumah. Augustine memang jaki dengan Sema'on sejak Sema'on menempelengnya berulang-kali tidak lama dahulu. Semuanya gara-gara Sema'on mengesyaki Augustine cuba menggoda kambing peliharaannya. Dua minggu juga Augustine demam panas akibat terkena penangan Sema'on.

Sema'on buat endah tak endah dengan salakan Augustine. Dia memeriksa peti surat kaler merah di tepi pintu pagar rumahnya. Banyak juga surat hari itu seperti surat hutang bank, surat cinta dan surat saman trafik. Dia menyimpan sepucuk surat ke dalam saku dan mencampak yang lain ke dalam tong sampah kaler hitam milik jiran sebelah iaitu tuan Augustine. Augustine yang mulanya berlagak garang akhirnya kecut perut dan terdiam apabila dijeling tajam Same'on. Sambil bersiul lagu Justin Bibir, dia masuk ke dalam rumah dengan hati berbunga.

Dengan rilek Sema'on mengoyak sampul surat lalu menunggang isi kandungannya keluar. Beberapa helai lembaran saman ditatapnya. Helaian terakhir mencatatkan nombor yang patut dihubungi jika ada sebarang pertanyaan atau kompelin. Tanpa berlengah lagi Sema'on mencapai telefon rumahnya dan mendail nombor tersebut. Dua tiga kali juga dia tersalah tekan akibat mendail terlalu laju. Sambil menunggu panggilan dijawab dengan cara mengepit gagang di celah leher dan bahu, surat-surat saman yang dipegangnya dikoyak dengan bersahaja.

-------------

"Krinngg krinngg" x20

"Hihihi," Markonah gelak terkekek-kekek. Dialog lawak sang hero dalam novel cinta yang baru dibeli bagaikan menggeletek ketiaknya. Dia bagaikan berada dalam dunianya sendiri. Bunyi telefon yang menjerit-jerit di sebelah seakan tidak berupaya menembusi taik telinganya. Skil curi tulang yang diasah setiap hari memang mantap. Patutlah balik-balik mesin yang menjawab mengatakan operator masih sibuk dan akan menjawab sebentar lagi.

"Ehemm," bunyi suara berdehem tidak jauh dari tempat duduknya membawa Markonah kembali ke alam pekerjaan. Dia kenal benar suara si supervisor yang kebiasaannya datang meninjau sejam sekali. Dengan satu gerakan pantas, penanda buku diselitkan sambil tangan kiri menyambar gagang.

"Hello, jabatan saman DBKL, boleh saya bantu?" sapa Markonah sopan walaupun hatinya memaki-maki. Terbantut pembacaannya yang baru nak masuk peringkat sedap.

"Hello, cik Markonah yer. Saya Sema'on," balas Sema'on sambil menggaru-garu hidung yang tidak gatal. Tanda-tanda 'nerves' sedang melanda dirinya.

"Oh, encik Sema'on yer. Macam mana, dah dapat surat-surat saman tu?" tanya Markonah kembali. Wanita bujang berusia lewat 30an dan cepat sentap jika digelar andartu itu menyandar ke kerusi sambil kaki dilunjurkan ke bawah meja. Postur badan begini memang sesuai kalau nak pekena sembang lama-lama.

"Inilah masalahnya cik Markonah, saya dah dapat surat tu tapi dalamnya kosong, tak ada surat saman pun," selamba Sema'on berbohong. "Bohong sunat," bisik hati kecilnya.

"Haii, minta maaf bebanyak encik Sema'on. Masuk kali nih dah lapan belas kali encik terima sampul surat kosong yer. Kalau saya bos, memang saya dah pecat opisboy yang tak reti buat kerja tu," balas Markonah sedikit kesal."Tak apa encik Sema'on, nanti saya marah si opisboy tu," tambahnya lagi.

"Hahaha, tak apa cik Markonah, jangan marahkan opisboy tu, kesian dekat dia," sambut Sema'on. "Err, saya dah habis baca novel 'Kakiku di Pipimu' yang cik Markonah rekomen hari tu. Memang kelakar tak ingat. Memang melampau lawaknya, hahaha," gelak sakan Sema'on sambil membuka topik lain.

"Hihihi, memang lawak kan. Paling lawak bila si heroin bla bla bla..." balas Markonah girang. Dia memang suka kalau diajak bercerita pasal novel cinta dan lain-lain lagi, tambah-tambah kalau masa bekerja. Biasalah kalau ulat bulu berjumpa ulat buku, memang banyak topik yang nak disembangkan.

------------------

"Ehemm ehemm," sekali lagi bunyi suara berdehem tidak jauh dari tempat duduknya membawa Markonah kembali ke alam pekerjaan, sejam kemudian.

"Err, baiklah encik Sema'on, diharap penjelasan saya dapat membantu." Cepat-cepat Markonah mengeluarkan ayat 'kaver line'. Nada suara dilaras agar kedengaran professional. Jarinya pantas menyambar pen dan mengisi borang kompelin dengan lirik sebuah lagu rakyat. Biar nampak gaya rajin bekerja.

"Terima kasih cik Markonah, jangan lupa temujanji kita yer, tata." Sema'on mengakhiri perbualan. Faham benar dia kenapa nada suara Markonah berubah tiba-tiba. Maklumlah sudah lapan belas kali dia bersembang dengan Markonah. Namun sekali ini berjaya juga dia mengajak wanita itu keluar 'date' pada hujung minggu nanti.

Sema'on tersenyum-senyum seorang diri sambil membuka fesbuk. Sekali imbas dia membaca coretan status 'friends'nya yang berderet-deret. Sejurus pandangannya tertarik pada status seorang lelaki. Dengan satu klik pada nama membawanya ke 'profile' si lelaki yang dijadikan kenalan atas dasar minat yang sama. Tersengih-sengih dia melihat komen-komen sang empunya diri yang berselang-seli dengan komentar seorang makwe yang agak cun.

"Ceh, budak mentah yang masih berbau pupuk jerangau," ejek Sema'on. "Apa barang mengorat pakai fesbuk, semua orang boleh tengok. Mengorat pakai telefon laa baru ada kelas, kahkahkah" gelak Sema'on berdekah-dekah sambil mengklik link 'Mafia Wars' di fesbuknya. 

Friday, March 18, 2011

Perkembangan terkini Jepun

Selepas seminggu gempa bumi di Japan, keadaan kelihatan semakin teruk. Disebabkan pekerjaan aku ditemani siaran CNN sepanjang masa bekerja, aku boleh dikatakan mengetahui pelbagai maklumat mengenai bencana ini. Nampaknya angka kematian sudah mencecah 6,500 mangsa setakat ini.

Namun berita yang lebih menakutkan ialah potensi untuk berlakunya kebocoran radiasi (dan mungkinnya letupan) di reaktor reaktor nuklear yang terdapat di Fukushima Daiichi. Dikhabarkan tahap radiasi sudah mencecah 20 millisieverts sejam (keadaan biasa di negara membangun ialah 3 millisieverts setahun). Kalau tengok alat sukatan yang digunakan semalam, boleh nampak jarum meter sudah melepasi tahap maksimum bacaan dalam alat tersebut.

Kenapa reaktor reaktor ini boleh rosak? Dikhabarkan reaktor reaktor ini telah ditutup selepas bencana gempa bumi. Namun limpahan air disebabkan tsunami telah melimpah ke dalam kawasan reaktor dan merosakkan alat yang mengekalkan suhu, menyebabkan suhu meningkat ke paras bahaya. Dikhabarkan kalau tidak dapat dibendung dalam masa 48 jam, bencana yang seburuk Chernobyl akan melanda Jepun. Kerajaan Jepun pula telah memerintah evakuasi kepada 200,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer berhampiran kawasan reaktor. Aku tak pasti berapa dekat Tokyo dengan Fukushima tapi ramai penduduk sudah meninggalkan Tokyo sebagai langkah selamat.

Membaca berita ini mengingatkan aku kepada beberapa anime yang pernah aku tonton. Okey, bukanlah aku nak memperlawakkan hal ini tapi dah teringat nak buat macam mana kan. Dalam anime itu, mereka cuba membawa tema macam mana keadaan Jepun jikalau ada wabak atau radiasi tercemar. Ada manusia menjadi mayat hidup dan ada yang tidak boleh hidup di luar lagi. Ironinya, kini mereka mungkin akan berhadapan dengan keadaan yang hampir sama jika masalah ini tidak dapat dibendung.

Apapun, aku berharap yang semuanya akan selamat dan malapetaka yang dahsyat dapat dibendung. Walaupun harapan mungkin tipis tapi sebagai manusia, jangan berhenti berharap.

Nota kaki: Dalam masa yang sama, Gaddafi menyerang revolusioner yang diibaratkan sebagai pembelot. Dunia, ada orang yang berlumba lumba untuk menyelamatkan manusia namun ada yang berlumba lumba untuk memusnahkan demi kuasa.

Tuesday, March 15, 2011

Kemenangan dalam kekecewaan

"Yeah! Menang lagi," sorak para penyokong.

"Ptuih! Ceh, menang lagi," cemuh para ABU.

Ya, Manchester United menang pagi tadi menentang Marseille dengan jaringan 2-1. Kesemua gol dijaringkan oleh pemain Man Utd dan seperti biasa, pasukan bakal juara ini berjaya melangkah ke suku akhir Piala Juara-juara. Ala, bukannya tak biasa menang pada peringkat pusingan kedua ini. Bukan satu kejutan langsung. Kata orang, tak payah tengok pun tak apa, sebab dah tahu yang mana akan menang. Sama macam  pilihan raya kecil.

Ya, rata rata orang akan berpendapat begini. Apa tidaknya, saksikan saja kehebatan Man Utd membelasah Arsenal hujung minggu lalu dan secara automatik dah terbayang siapa lebih layak bergelar juara Liga Perdana musim ini. Tapi bagi penonton yang sanggup bangun awal pagi untuk menyaksikan perlawanan tadi pasti akan berfikir dua tiga kali atau mungkin mengambil semula wang taruhan judi bola yang diletak atas
nama pasukan Man Utd.

Sebahagian kesebelasan utama yang direhatkan pada perlawanan menentang Arsenal diturunkan pada perlawanan ini dengan misi untuk menang. Kehebatan Man Utd di stadium sendiri pastinya tidak dapat disangkal sesiapa. Dan segalanya dibuktikan apabila Si Chicarito menembusi jaring Marseille seawal minit ke 5. Saat ini aku rasa ada penyokong Man Utd membayangkan sejarah membelasah As Roma dengan jaringan 7-1 pada musim 2006/2007 bakal berulang lagi. Namun rupanya impian indah yang disemai tidak menjadi kenyataan. Perlawanan yang awalnya rancak mula berubah angin. Seakan ada yang tidak kena apabila hantaran hantaran bola mula tidak sempurna dan berjaya dipintas. Bahagian tengah seakan statik dan kurang mobiliti untuk menggerakkan bola antara pertahanan dan serangan. Carrick seakan tidak hidup manakala Scholes dengan bentesan yang kasar dan hantaran laju macam peluru. Giggs pun macam malas menggerakkan bola dan Nani pula rasanya menjaga kakinya daripada cedera lagi dibentes Heinze. O Shea pula, ah malas nak cerita, bagus juga dia cedera.

Selepas Valencia dimasukkan menggantikan Nani, barulah corak perlawanan sedikit berubah. Corak permainan Valencia tidak seperti Nani yang banyak mengamalkan corak serangan berbeza yang berjaya mengelirukan pihak lawan mahupun pihak sendiri kadang kadang. Corak permainan Valencia lebih 'straight forward', mudah dibaca, tidak tamak dan berkesan. Dan ini dibuktikan apabila ermula hasil gerakannya, gol kedua dihasilkan dan para penyokong Man Utd yang pada awalnya sesak nafas dah boleh bernafas lega. Apa tidaknya, cuba bayangkan, dibuatnya Marseille skor minit minit terakhir untuk mencuri kemenangan dengan kelebihan gol di tempat lawan, tak kah menyesal tak sudah?

Okey, apa yang aku nak sampaikan di sini bukanlah pasal perlawanan pagi tadi tapi pasal mutu permainan Man Utd. Bagi aku mutu permainan Man Utd semalam tidak konsisten dan mengecewakan. Antara sebabnya ialah kegagalan pemain tengah untuk berfungsi dengan baik. Semasa menonton pagi tadi aku teringatkan zaman kegemilangan Paul Scholes dan Roy Keane yang berganding bahu mengawal bahagian tengah. Sekarang Paul Scholes dah tua manakala Carrick pula sekarang ini memang tak berapa berkesan sebagai seorang 'defensive midfielder'. Ini bukanlah kesimpulan berdasarkan pemerhatian untuk perlawanan pagi tadi sahaja tapi berdasarkan pemerhatian terkumpul setakat ini.

Memang Man Utd sudah ada pelapis untuk bahagian tengah (tak termasuk sayap) seperti Fletcher, Andersson dan Gibson. Namun aku merasakan bahawa seorang pemain yang benar benar mantap dan konsisten diperlukan selepas Scholes bersara. Bagi aku bahagian tengah adalah bahagian Man Utd yang paling lemah untuk musim ini. Kalau bukan kerana kecekapan bahagian pertahanan, mungkin Man Utd tidak berada di puncak liga buat masa ini. Kalau tengok betul betul pun, kalau Vidic dan Ferdinand cedera macam pagi tadi, Man Utd masih ada Brown dan Smalling yang bagi aku memang boleh diharap. Tapi cuba kalau Carrick cedera atau direhatkan, siapa yang ganti? Fletcher lebih kepada menyerang manakala O Shea pula, ah malas nak cerita.

Disebabkan itulah maka aku merasa ada satu 'makeover' besar besaran akan dilakukan oleh Man Utd pada musim panas akan datang. Aku rasa antara yang bakan digugurkan adalah dua Owen. Carrick mungkin tak akan digugurkan tapi seorang 'Defensive Midfielder' yang setanding Owen Hargreaves (semasa sihat tentunya) mungkin dibawa masuk. Manakala O Shea pula, ah malas nak cerita. Tak tahu aku apa yang Pak Alex nampak dengan dia.

Namun aku sebagai seorang penyokong jarak jauh hanya mampu melampiaskan rasa di sini sahaja. Ala, tengok pun dekat kedai mamak ada hati nak cakap banyak kan. Oleh kerana itulah maka artikel ini dimasukkan ke dalam siri bola sepak sesedap rasa sahaja. Sampai jumpa lagi dan harap Man Utd menang lagi..huahuahuahua

Monday, March 14, 2011

Matlamat yang terpaling susah untuk lelaki

Matlamat aku masa mula mula masuk gym satu tahun yang lalu bukanlah tinggi mana. Tak teringin pun badan macam arnold atau perut petak macam rambo. Ala, aku pun tahu nak dapat badan macam itu bukan takat masuk gym jer, nak kena makan telur ayam mentah macam hantu, minum susu protein lagi dan silap silap kena injek steroid. Menyusahkan saja.

Matlamat aku cuma ada tiga, nak sihatkan tubuh badan, nak naikkan stamina dan nak kempiskan perut macam zaman belajar dulu. Pelik juga aku, kenapa perut cepat naik bila dah kerja. Nak kata makan duit haram atau 'minum' tak ada pula. Kadang kadang curi tulang itu ada tapi selalunya aku ganti balik hujung tahun.

Sekarang ini aku rasa dua daripada tiga matlamat dah nampak hasil walaupun belum tercapai. Masalahnya sekarang matlamat ketiga iaitu mengempiskan perut. Susah betul sebenarnya matlamat ini. Kempis perut tu kira peringkat 'beginner' tapi dah cukup susah rasanya. Ini belum tahap nak dapat 'six pack' yang dalam legenda tu.

Tapi daripada pemerhatian aku, bukan aku seorang saja yang alami masalah ini. Ada seorang brader ini aku tengok lengan dah sama besar dengan paha aku, berketul ketul. Bukan paha aku tapi lengan beliau. Brader ini memang rajin dalam mengangkat segala besi dalam bilik gym itu. Usahanya memang nampak pada tangan dan kaki tapi perut? ’Fail’.

Kata orang berenang adalah senaman yang paling bagus. Sebabnya dengan berenang, semua otot dalam badan digunakan dan pembakaran kalori dan lemak yang sekata. Memang menarik dan membuatkan aku terasa macam nak mencuba. Tambah pula bila ada pool tepi gym tersebut. Tapi melihatkan seorang brader ini, aku jadi was was. Kaki dengan tangan memang dah gaya atlit tapi tengok perut, ‘fail’.

Buku buku ‘fitness’ pun macam tak berapa boleh percaya. Dapat six packs dalam masa enam minggu konon kononnya. Tapi guna model yang memang dah sedia badan sedap buat apa. Cuba pakai model yang sedia boroi dan tunjuk hasilnya lepas enam minggu. Barulah orang kebanyakan percaya yer tak.

Kesimpulannya, jagalah pemakanan sebelum perut anda naik. Bukan untuk siapa siapa tapi untuk kesihatan anda juga. Dan supaya nampak macho dan bergaya..huahuahuahua

Nota kaki: Ada satu brader tu, lari atas treadmill sambil hentak hentak kaki. Lepas itu pergi try semua equipment yang ada dalam gym. Peh..memang taraf beginner.

Saturday, March 12, 2011

Siri cerpen merapu mingguan: Sema'on si panas baran

5.00 a.m.

Mata Sema'on terbuka secara otomatik. Dia mengeliat sewenang-wenangnya sejurus bangun dari katil. Mood tidurnya hilang serta-merta. Dalam keadaan yang masih gelap, dia berjalan keluar dari biliknya lalu menuruni tangga. Pergerakannya tangkas bagai orang muda, licik bagai nak skodeng si anak dara.

Itulah rutin harian Sema'on saban hari sejak dari zaman dia bergelar belia. Dia akan terjaga secara otomatik pada pukul 5 pagi setiap hari tanpa bantuan jam loceng mahupun 'alarm henpon'. Rutin hidup demikian tak dapat ditinggalkan biarpun sudah pencen dari 'scene' meniaga ayam. Tapi Sema'on tidak kisah semua itu kerana kini dia ada agenda tersendiri setiap pagi.

Usai solat, Sema'on keluar ke belakang rumah. Di situ ditanamnya sekebun pokok pisang. Dia menghirup udara subuh semahu-mahunya sambil berjalan-jalan ke sekeliling. Pokok-pokok pisang ditanamnya berperingkat-peringkat. Ada yang masih kecil, ada yang sudah remaja, yang sudah berjantung, yang sudah berbuah dan yang hidup segan mati tak mahu. Langkahnya terhenti apabila berhadapan sebatang pokok pisang yang tegap ala-ala Malek Noor di zaman kemuncaknya. Dia mengelilingi pokok tersebut penuh minat.

"Heyyaarghhh!" Dengan satu pekikan, bertubi-tubi tumbukan padu dilepaskan ke arah pokok pisang Malek Noor. Gaya tumbukan yang mengancam itu kalau si Rocky tengok boleh tak tidur malam dibuatnya. Pokok pisang Malek Noor yang bongkak kerana ketegapannya perlahan-lahan menyembah bumi akibat dinodai tangan Sema'on yang gagah perkasa.

Perbuatan Sema'on yang keterlaluan itu mengundang kemarahan dua ekor sahabat karib, si siput babi dan sang katak yang berada berhampiran. Perbincangan mereka yang berkisar tentang masalah ekonomi negara dan pendatang asing tanpa izin telah terganggu. Pokok pisang yang menjadi 'port' dan tempat perteduhan mereka selama ini kini tiada lagi.

Mereka menjeling tajam ke arah Sema'on yang sedang mendabik dada ekoran kejayaannya mengalahkan pokok pisang Malek Noor.

"Apa pandang-pandang, nak kena penendang?" Sema'on menengking dua sahabat karib tersebut sebaik mendapati dirinya ditenung tajam.

"Tak ada apa-apa la brader, permisi dulu," balas mereka serentak sebelum berpisah membawa diri masing-masing. Si siput babi cepat-cepat masuk ke dalam cangkerangnya dan mengunci pintu manakala sang katak menyorok di dalam sebuah tempurung.

"Ceh, dasar binatang," cemuh Sema'on seraya meludah ke langit penuh takbur. 

Friday, March 11, 2011

Api di dalam air


Banyak perkara yang menarik perhatian aku selepas melihat gambar dan video serta membaca berita dan komen mengenai bencana gempa bumi 8.9 dan tsunami di Jepun. Antaranya:

i. Sebagai gempa bumi yang berukuran 8.9 Mw (moment magnitude), gempa bumi ini yang ketujuh terburuk di dunia dan terburuk di Jepun sejak mereka mula merekodkan data. Gempa bumi ini juga digelar 'megathrust earthquake' sebab kuat sangat. Menariknya, baru aku tahu yang skala Richter dah diganti skala Moment Magnitude ini untuk lebih ketepatan. Kalau convert ke skala Richter, aku rasa gempa bumi ini dalam 8.5 ke 8.8 juga rasanya.

ii. Nampaknya Jepun dapat melakukan kerja kerja penyelamatan dengan cepat. Setakat ini antara 400 ke 1000 mangsa yang dilaporkan terkorban dan hilang. Manakala dalam 2000 bangunan yang hancur. Kalau dibandingkan dengan gempa bumi di Haiti tahun 2010 yang berukuran 7.0 Mw, antara 200,000 ke 250,000 terkorban. Rasanya pengalaman, teknologi dan kemajuan yang menyebabkan kemalangan dan kerosakan dapat dikurangkan.

iii. Teknologi juga menyebabkan kita dapat mengagak dengan lebih awal yang tsunami akan melanda. Malahan tsunami di Jepun dapat disaksikan secara langsung di seluruh dunia. Kalau dibandingkan dengan teknologi di Aceh tahun 2004, kita yang duduk sebelah Indonesia pun terlambat dapat tahu pasal tsunami di Aceh ketika itu. Sekarang ini dengan facebook, twitter dan macam macam lagi, semua berita pun cepat tersebar.

iv. Dalam waktu yang sama dengan kejadian, fenomena 'Supermoon' sedang berlaku yang menyebabkan ada pihak yang mengaitkan fenomena ini dengan malapetaka yang berlaku. Supermoon adalah fenomena di mana bulan berada di dalam posisi paling hampir dengan bumi dan berlaku 18 tahun sekali.

v. Dalam membaca, ternampak juga ada pihak berkata yang Jepun kena gempa bumi disebabkan dah teruk gejala sosial dekat sana. Macam macam yang dia orang dah buat. Industri porno pun berlambak lambak sampai benda yang tak pernah terfikir pun dibuat atas dasar 'fetish'. Malahan siapa yang tak kenal Maria Ozawa kan. Tapi bagi aku, hukuman ker dugaan ker itu hak mutlak Allah SWT. Kita sebagai manusia tak perlulah nak menghukum siapa siapa. Yang penting kita perbaiki diri sendiri dan kalau terasa nak tolong mereka yang dalam kesusahan, tolong saja lah tanpa perlu banyak bunyi.

Semoga kemalangan jiwa dan harta benda dapat dikawal dan dikurangkan di Jepun. Dari saya di Malaysia.

Nota kaki: rakaman bangunan bergoyang tapi tak runtuh dan pekerja yang tekun menghadap komputer walaupun semasa bangunan bergoyang mengingatkan betapa mereka ini begitu disiplin dan komited dalam kerja.

Thursday, March 10, 2011

Pengetahuan adalah tanda aras (benchmark) minat seseorang?

Okey, entri ini berkaitan tentang kelab bola sepak Manchester United (kelab ini).

Sebagai seorang peminat kelab ini, ada beberapa kritikan yang tak lekang kedengaran setiap masa. Kritikan yang biasa kedengaran ialah peminat kelab ini seorang 'gloryhunters', 'trophyhunters' dan 'bandwagoners'. Kritikan macam ini biarlah masa yang menentukan. Kalau kita seorang peminat sejati (lain daripada peminat fanatik), kita akan jatuh bangun bersama kelab yang kita minat. Dalam hal ini aku cukup respek sama peminat kelab Liverpool yang masih menyokong kelab itu.

Kritikan yang aku nak jawab sebenarnya kritikan tentang seorang peminat perlu berpengetahuan luas tentang hal sejarah satu satu kelab yang disokongnya. Antara soalan yang gemar ditanya mereka untuk membuktikan penyokong kelab ini tidaklah berpengetahuan luas pun adalah seperti kenal tak Newton Heath, siapa Bryan Robson, siapa Roger Brynes, siapa Busby Babes, kedai makan Lou Macari kat mana jalan apa kat Salford dan macam macam lagi. Selalunya kalau mereka ini tanya aku, aku akan jawab tak tahu dan kalau mereka bagi tahu aku akan jawab terima kasih. Malas nak bertekak pasal trivia trivia yang boleh dicari dalam wikipedia dan google ini.

Bagi aku, benda ini ada betulnya dan aku memang respek sama mereka yang tahu macam macam, membuktikan mereka rajin membaca dan menambahkan pengetahuan. Tapi tanda aras minat seseorang tak seharusnya terhad kepada pengetahuan sahaja. Ada banyak lagi tanda aras yang boleh diukur dan mungkin ada yang tak boleh diukur secara fizikal.

Kalaulah tanda aras minat seseorang itu boleh diukur dan dijadikan key performance index (kpi), aku tak rasa yang pengetahuan sejarah dan geografi mengenai kelab diletakkan pemberat (weightage) yang paling utama. Jika aku diberi pilihan, pemberat yang terbesar akan aku letakkan pada keupayaan seseorang untuk menyaksikan setiap perlawanan kelab itu, semasa menang mahupun kalah. Tahap keminatan tertinggi mungkin boleh dicapai pada seorang peminat yang sanggup duduk memakai jersi kelab ini di celah celah penyokong kelab Liverpool di masa kekalahan teruk kelabnya di kaki Liverpool. Kemampuannya menahan cemuhan dan hinaan dan tidak pula blah awal dari tempat duduknya untuk menanti perlawanan tamat mampu membuktikan kecintaan sejati kepada kelabnya. 

Cukuplah sedikit ulasan aku tentang tajuk ini. Dan sebenarnya sungguh aku tak tahu kat mana letaknya kedai makan Lou Macari tu. Ala, kalau aku tahu pun macam lah aku nak pergi makan dekat situ kan..huahuahauhauhua 

Wednesday, March 9, 2011

Derma darah

Beratur nak derma darah semalam dah sama macam beratur beli tiket wayang atau nak bayar saman. Jumlah masa beratur dan selesai menderma darah lebih dari sejam. Pihak Pusat Darah Negara sampai habis bag dan ada sesetengah bakal penderma yang bersemangat datang terpaksa pulang hampa.

Okey, ini bukan nak kondem tapi nak puji. Nampaknya orang dah mula sedar akan kepentingan menderma darah. Baguslah. Nampak gayanya kempen kerajaan yang ini lebih berkesan berbanding kempen kempen lain seperti kempen berhenti merokok dan kempen jalan raya. Pusat Darah Negara patut buat kempen ini di syarikat syarikat besar dengan lebih kerap, sekurang kurangnya dua kali setahun sebab ramai yang bersemangat nak menderma. Kalau nak harapkan orang pergi ke Pusat Darah Negara dekat Jalan Tun Razak untuk menderma, alamat keringlah bank darah negara.

Cuma, sesi penerangan tentang siapa yang boleh menderma kena lebih banyak. Ramai lagi yang tak tahu benda benda mudah macam batuk selesema, period dan makan ubat dua tiga hari lepas tak boleh derma darah. Barulah tidak buang masa mereka beratur dalam barisan sampai tiga puluh minit. Kasihan mereka yang berniat ikhlas nak derma darah itu.  

Monday, March 7, 2011

Tulisan tanpa tekanan

Jadi ini apa yang aku rasa tentang kenapa ramai orang suka buka blog, tulis lebih kurang, minta izin nak repost mana mana tulisan yang depa rasa bagus, post komen dekat mana mana blog yang popular dan minta follow balik, lepas itu tiba tiba senyap. terbengkalai. Hangat hangat tahi ayam.

Sebabnya depa ini rasa ada tekanan bila menulis. kot.

Jadi apakah tekanan tekanan yang aku rasa ada semasa mempertahankan kewujudan blog itu?

i. Motif membuka blog.
Kalau sebagai kepuasan dan minat menulis sendiri ala ala menulis diari tanpa menghiraukan orang lain, aku rasa akan bertahan lama. Contoh mudah blog Amir Hafizi dan Akab. Depa menulis ikut kepuasan diri, tak perlukan populariti (dengan menutup ruangan komen) dan boleh delete blog bila bila depa suka. Aku rasa akab baru saja delete blog dan twitter dia. kot.

Bila datang tekanan? Bila menulis untuk populariti. Bila nak jadi popular macam Pipiyapong dan Obefiend. Maka wujudlah tekanan macam mana nak menulis supaya orang terhibur, supaya ruangan komen penuh dan supaya ramai perempuan tergila gilakannya.

ii. Gaya blog.
Nak guna aku-kah, gua-kah i-kah, ana-kah atau saya-kah. Nak ada gaya gaya Islamik atau kontemporari. Nak ada cerita hiburan, kisah hidup atau cerita pengajaran. Nak post sehari sekali kah, sehari dua tiga kali kah atau dua hari sekali. Kononnya konsistensi itu penting supaya ramai orang boleh ingat gaya dia. Semua benda ini kalau difikir fikir memang bagi tekanan. Macam mana tak nak bagi tekanan? Cuba tengok gaya Nami TTGB, ikut suka hati dia jer pakai aku, saya, gua atau ana, tak payah nak konsisten dan pening kepala. Ikut keadaan atau sedap mulut. 

Ada lagi tekanan lain kot tapi aku dah lupa. Aku tulis ini untuk siapa? Untuk aku sendiri kot. Aku pun baru delete blog lama aku. Sekarang boleh start dari mula balik. Ikut suka nak tulis pasal apa, guna kata ganti nama apa, nak post bila. Fresh dan segar bugar. Tulis tanpa ada keperluan untuk mengimpresskan sesiapa. Menulis tanpa tekanan..huahuahauha

P.S Kalau ada tekanan, aku delete balik ler.