Okey, entri ini berkaitan tentang kelab bola sepak Manchester United (kelab ini).
Sebagai seorang peminat kelab ini, ada beberapa kritikan yang tak lekang kedengaran setiap masa. Kritikan yang biasa kedengaran ialah peminat kelab ini seorang 'gloryhunters', 'trophyhunters' dan 'bandwagoners'. Kritikan macam ini biarlah masa yang menentukan. Kalau kita seorang peminat sejati (lain daripada peminat fanatik), kita akan jatuh bangun bersama kelab yang kita minat. Dalam hal ini aku cukup respek sama peminat kelab Liverpool yang masih menyokong kelab itu.
Kritikan yang aku nak jawab sebenarnya kritikan tentang seorang peminat perlu berpengetahuan luas tentang hal sejarah satu satu kelab yang disokongnya. Antara soalan yang gemar ditanya mereka untuk membuktikan penyokong kelab ini tidaklah berpengetahuan luas pun adalah seperti kenal tak Newton Heath, siapa Bryan Robson, siapa Roger Brynes, siapa Busby Babes, kedai makan Lou Macari kat mana jalan apa kat Salford dan macam macam lagi. Selalunya kalau mereka ini tanya aku, aku akan jawab tak tahu dan kalau mereka bagi tahu aku akan jawab terima kasih. Malas nak bertekak pasal trivia trivia yang boleh dicari dalam wikipedia dan google ini.
Bagi aku, benda ini ada betulnya dan aku memang respek sama mereka yang tahu macam macam, membuktikan mereka rajin membaca dan menambahkan pengetahuan. Tapi tanda aras minat seseorang tak seharusnya terhad kepada pengetahuan sahaja. Ada banyak lagi tanda aras yang boleh diukur dan mungkin ada yang tak boleh diukur secara fizikal.
Kalaulah tanda aras minat seseorang itu boleh diukur dan dijadikan key performance index (kpi), aku tak rasa yang pengetahuan sejarah dan geografi mengenai kelab diletakkan pemberat (weightage) yang paling utama. Jika aku diberi pilihan, pemberat yang terbesar akan aku letakkan pada keupayaan seseorang untuk menyaksikan setiap perlawanan kelab itu, semasa menang mahupun kalah. Tahap keminatan tertinggi mungkin boleh dicapai pada seorang peminat yang sanggup duduk memakai jersi kelab ini di celah celah penyokong kelab Liverpool di masa kekalahan teruk kelabnya di kaki Liverpool. Kemampuannya menahan cemuhan dan hinaan dan tidak pula blah awal dari tempat duduknya untuk menanti perlawanan tamat mampu membuktikan kecintaan sejati kepada kelabnya.
Cukuplah sedikit ulasan aku tentang tajuk ini. Dan sebenarnya sungguh aku tak tahu kat mana letaknya kedai makan Lou Macari tu. Ala, kalau aku tahu pun macam lah aku nak pergi makan dekat situ kan..huahuahauhauhua