Aku kadang kadang bengang juga dengan sikap segelintir yang melabel diri mereka kaki troll nih. Okeylah, tak kisah kalau sesetengah benda yang tak sensitif sangat tu kau nak troll. Nak troll peminat Manchester United ker, nak troll peminat Fasha Sanda ker, nak troll penyokong Pakatan Rakyat ker tak kisah lah. Benda benda tu bukannya penting sangat pun. Kau nak troll sampai kau mati pun aku peduli apa. Kau punya sukalah.
Tapi takkan semua benda pun kau nak troll atas sebab kebebasan bersuara. Contohnya pasal isu pelbagai bangsa dalam Malaysia ini. Semua orang tahu yang bangsa bangsa dalam Malaysia ini belum cukup bersatu lagi. Walaupun dari luaran nampak hidup aman damai, sebenarnya antara bangsa masih ada perasaan iri hati dan syak wasangka. Belum boleh dikatakan bangsa Malaysia.
Kau tahu tak dengan perbuatan kau mentroll satu bangsa, bangsa-bangsa lain yang iri hati tumpang sekaki menggelakkan bangsa itu. Bila jadi macam itu, kesannya macam 'domino effect' bila bangsa yang kena gelak mula rasa bengang dan marah marah lalu saling mengutuk pun berlarutan. Okey, aku rasa ramai yang sedang berusaha ke arah bangsa Malaysia terutamanya yang muda muda. Hanya segelintir yang kurang matang saja yang sanggup menggelakkan bangsa lain nih. Tapi atas sebab tindakan kau itu, benda yang baru nak disemai mungkin hancur punah. Masyarakat lain lain bangsa boleh kembali berbalah dan syak wasangka. Sampai bila nak bersatu macam ini?
Benda ini aku sudah nampak sejak dari Malaysia Today lagi. Bangsa Melayu atau bumiputera selalu kena kutuk oleh pengomen pengomen yang kononnya professional. Tapi kalau bangsa lain kena kutuk, mengamuk pula dia orang semua. Sebab itu aku muak dan tak masuk sana dah. Muak dengan perangai pengomen walaupun ada sesetengah artikel yang membuka mata aku tentang Malaysia. Okey, aku bukan Perkasa atau Pekida nak mempertahankan Melayu, tapi aku rasa semua bangsa pun ada masalah. Tapi buat apa kita nak saling mengutuk dan mencerca. Sama samalah perbaiki kesilapan diri dan berjuang ke arah perpaduan. Ke arah bangsa Malaysia.
Kepada si suka troll nih, dah tak ada benda lain ker nak troll sampai benda yang boleh memecahbelahkan bangsa Malaysia pun suka? Lepas itu kalau ada pengomen yang tak setuju dianggap 'butthurt'. Peh, kuasa besar betul kau yer, apa yang kau kata kau panggil troll, apa yang orang lain kata kau panggil butthurt. Macam gampang.
Yang sedapnya jadi si troll nih, selalunya dia orang banyak pengikut. Jadi bila ada pengomen yang tak bersetuju dengan si troll, pengikutnya akan beramai ramai mengutuk si pengomen ala ala 'gang bang'. Ini mengingatkan aku kepada konsep buli di sekolah. Selalunya yang jadi mangsa akan dibuli secara jemaah oleh pembuli pembuli. Kalau sorang lawan sorang memang susah nak jadi kes buli nih.
Okey, ini pendapat peribadi aku. Aku rasalah, orang yang suka troll nih kemungkinan masa sekolah dulu dia mangsa buli atau kena troll secara fizikal. Dan dia tak dapat melepaskan kemarahannya sama ada kerana dia tak ada junior atau dia pun dibuli oleh junior. Akibat tak dapat melampiaskan nafsu amarahnya, dia terbawa bawa sampai ke dewasa. Jadi sekarang bila dia boleh troll orang dalam internet, blog dan forum dia rasa sangat best. Best gilerrrr.
Sebenarnya aku tak ada hak pun nak halang si kaki troll nih. Kalau dilayan lebih lebih pun tak dapat faedah pun. Kalau aku komen pun, aku akan letak pendapat aku dan 'move on' dan tak tengok dah artikel si kaki troll. Bukan apa, kalau asyik berbalas komen kang jadi perang plak. Menghabiskan masa jer.
Apapun, kepada si kaki troll, selamat bertroll. Yalah, kau sorang jer yang pandai troll, orang lain pandai butthurt jer kan. Aku pun kadang kadang bergelak ketawa juga bila tengok orang butthurt dengan kau punya troll, terutamanya penyokong Liverpool..huahuahuahua