Wednesday, June 1, 2011

Adakah bom jangka itu sudah meletup?

Bagai membuka setin cacing. Itu adalah perumpamaan Inggeris yang bermaksud mendedahkan sesuatu masalah yang serius dengan satu aksi. Perumpamaan ini lebih kurang sama dengan perumpamaan kita bagai membuka pekung di dada. Cuma aku rasa perumpamaan kita itu lebih kepada peribadi manakala perumpamaan Inggeris itu lebih bersifat umum.

Lalu apabila 'hashtag' #adindaevans menjadi 'top three worldwide trend' semalam di Twitter, aku terus teringatkan perumpamaan ini. Tidak syak lagi satu aksi yang dilakukan seseorang (ada seorang blogger terkenal kata dia yang letak link dekat 'fanpage' dia) telah mewujudkan aksi berantai dan mendedahkan masalah keruntuhan akhlak yang serius di dalam masyarakat kita.

Setiap perkara ada baik dan buruknya. Perkara baik yang mungkin berlaku adalah kesedaran masyarakat dengan keadaan kita sekarang. Selama ini kita macam berpura pura yang masalah sosial tak teruk macam Amerika. Bahawa kita ini masih berpegang teguh kepada adat ketimuran yang pemalu dan menjaga tata susila. Nah, bila terdedah kepada dunia tentang keburukan kita baru semua terkejut (atau mungkin ramai yang tak terkejut langsung). Baru menteri tiba tiba nak masuk Malaysia Hari Ini untuk bagi komen pagi ini (aku dengar cerita).

Bagi aku, banyak faktor yang sebabkan perkara ini terjadi. Pengaruh rancangan berunsur seks yang tiap tiap hari tayang dalam tv macam Desperate Housewives dan Gossip Girl. Persekitaran. Pengaruh rakan sebaya. Laman laman lucah. Orang tua yang tak peduli siapa yang anaknya bawa masuk dalam bilik dengan alasan nak buat kerja sekolah.

Ada juga orang yang tak ambil peduli. Biasalah benda benda ini. Kenapa kita sibuk, vagina dia bukan vagina engkau. Masalah rasuah lebih penting daripada masalah siapa main dengan siapa. Orang yang tak pernah main saja yang sibuk dengan orang yang dah main ini. Kau cemburu yer sebab dia umur empat belas tahun dah pandai main tapi kau masih dara/teruna lagi walaupun dah suku abad dalam dunia ini. Dan macam macam lagi.

Okay, orang orang ini memang pandai berhujah. Kalau kail panjang senjengkal memang kalah kalau nak berbahas dengan dia orang. Oleh itu malas aku nak cakap dengan orang orang macam ini. Yang penting aku percaya bahawa dengan aku tak bersetuju dengan tindakan budak itu dan gejala sosial yang berlaku, walaupun hanya dalam hati, aku masih dapat menyelamatkan sedikit iman nipis yang aku ada.

Perkara buruk pula kita boleh tengok sendiri dalam ruangan komen blog budak itu. Orang kita lebih suka mengutuk, mengeji dan mencerca daripada membimbing. Nak buat macam mana, mengutuk yang mengambil masa seminit dua memang berkali ganda lebih senang daripada membimbing yang mungkin makan masa bertahun. Dia orang ini tak fikir ker kesan kutukan dia orang ke atas budak umur empat belas tahun. Boleh tekanan perasaan jadinya.

Kepada si pembuka pembuka tin cacing, aku tak kata yang tindakan kau salah. Cuma aku harap yang kau dah mempertimbangkan bahawa akan berlakunya reaksi reaksi negatif orang ramai ke atas budak itu apabila para peminat dan pembaca kau menerjah blog budak itu. Mungkin kau berasa kesal kerana dalam artikel terbaru kau nasihatkan pengikut kau supaya tidak meneruskan kutukan ke atas budak itu. Tapi bagi aku, bom jangka itu sudah meletup dan pasti ada korbannya.

Dalam banyak banyak tweet yang aku baca semalam, aku terbaca satu tweet menarik. Katanya, "mungkin Allah sengaja buat kita tahu semua ini supaya kita dapat memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan". Aku harap dengan terbukanya tin cacing dan meletupnya bom jangka, kerajaan, guru guru, ibu bapa dan semua dewasa akan bertindak. Janganlah masa depan anak anak kita tergadai hendaknya.

Kepada adindaevans, kau mungkin budak yang masih naif namun terkena impak yang paling maksima dalam hal ini. Namun aku harap pengorbanan kau ini akan membawa satu reformasi akhlak di dalam Malaysia, yang walaupun tidak setanding namun sebagaimana reformasi yang dibawa ke Mesir melalui pengorbanan Mohamed Bouazizi.

Namun mengenali Malaysia, mungkin harapan aku ini hanya harapan kosong.

Tuesday, May 31, 2011

Ulasan bosan penutup musim

Pada mulanya memang semangat berkobar kobar nak buat satu post pasal kemenangan Manchester United dalam Liga Perdana England kali ke sembilan belas. Untuk yang tak tahu, kemenangan kali ini signifikannya lebih sikit. Sebabnya Liverpool baru menang lapan belas kali jadi bila menang sembilan belas kali, maknanya Man Utd dah menang lebih sekali dari Liverpool. Ah, budak budak pun tahu kira matematik semudah ini!

Tapi lepas itu aku pikir bagus juga kalau digabungkan sekali dengan kemenangan Man Utd kali ketiga dalam Piala Juara Juara. Masa itu memang yakin habis yang Man Utd boleh menang. Walaupun 'underdog' tapi main kat Wembley. Tanah air sendiri tu. Mesti semangat nak menang berkobar kobar kan?

Tapi aku silap. Ya, aku silap di situ. Yang main hari itu, hanya empat orang yang boleh mengaku England sebagai negara mereka. Rio Ferdinand, Michael Carrick, Wayne Rooney dan Paul Scholes. Macam mana nak ada semangat tanah air kan.

Satu lagi silap aku ialah tak pernah tengok Barcelona main musim ini. Ya, tak pernah langsung. Sebab itu tak tahu yang Barcelona ini melampau hebatnya sekarang. Dulu pun melampau juga.

Man Utd memang diayam ayamkan pagi Ahad lepas. Banyak faktor kekalahan yang malas aku nak ulas. Aku rasa corak permainan memang yang macam selalu Man Utd amalkan tapi bahagian serangan seolah terputus bekalan dari bawah apabila bahagian tengah tak berupaya nak bermain dengan Xavi dan Iniesta. Dan apabila melihat SAF terduduk di bangku dengan kaki bersilang dan merenung kosong, aku rasa masa itu pun dia dah terima hakikat yang skuad dia tak mampu melawan skuad Barcelona pada masa kini.

Jadi, sekarang nak buat post riak pasal Man Utd menang liga pun dah tak berapa nak semangat..huahuahaua. Tapi yang lawaknya, ada pula orang yang kutuk lebih lebih atas kekalahan Man Utd dalam Piala Juara Juara. Faktanya di sini, Man Utd juara England dan pasukan kedua terhebat di Eropah untuk musim ini. Tak lebih tak kurang. Itu satu pencapaian hebat yang harus dibanggakan.

Masa rehat hampir tiga bulan ini pastinya digunakan untuk mempersiapkan pasukan selepas kehilangan Van Der Sar dan Paul Scholes akibat persaraan. Berbatov pun dengar kata nak berambus. Aku rasa, bahagian tengah yang paling penting pada masa ini. Satu pemain yang berpengalaman diperlukan untuk mengawal tengah dan membimbing pemain pemain muda. Bukan senang nak jadi 'anchor' dalam pasukan hebat macam ini.

Apapun, bagi aku musim ini menghiburkan. Aku harap musim depan pun begitu. Dengan wajah wajah baru dan pemain pemain muda macam Rafael, Fabio, dan Smalling lebih kerap bermain. Oh ya, dan jual pemain pemain yang tidak menyerlah.

Sementara itu, kita layan dahulu gambar ini sebagai penaik semangat.

Monday, May 30, 2011

Selangorlicious - Pengalaman Bertarung dengan Siakap Tiga Rasa


Mencari ikan bakar tidaklah sukar di Selangor. Kalau di'google' dalam internet akan lokasi ikan bakar, antara yang popular pastinya di Jeram, Kuala Selangor. Namun begitu, walaupun populariti selalunya hadir atas pengiktirafan orang ramai, tidaklah aku percaya sebelum mencuba sendiri kerana bagi aku sedap itu subjektif untuk setiap individu. Bak kata peribahasa yang aku cipta sendiri, lidah sama merah, rasa lain-lain.


Oleh itu, berangkatlah aku ke daerah yang pernah menjadi kota diraja lama Selangor itu. Dikelilingi suasana kampung dan keunikan semulajadi seperti habitat kelip kelip, Kuala Selangor pasti menjadi antara tumpuan pelancong. Itu yang dapat aku simpulkan usai sampai dan melihat kelibat pelancong memenuhi meja makan di Aroma Ikan Bakar hujung minggu lepas.


Peraturan dunia, bila pelanggan ramai haruslah servisnya sedikit lambat dan kurang mesra pelanggan. Itu semua sudah aku faktorkan maka tidaklah aku merungut semasa menunggu makanan.
Duduk berlatarkan kanvas malam, aku dan pasangan memilih sotong celup tepung dan kerang rebus sebagai pembuka selera sementara menanti hidangan utama, ikan siakap tiga rasa bersama nasi putih. Cukup untuk dua orang makan, tak lebih tak kurang.


Tak perlu pertikaikan kesegaran ikan bakar di sini kerana lokasinya terletak bersebelahan jeti pendaratan nelayan. Tidak percayakan sesiapa kecuali diri anda? Pilih sendiri pelbagai ikan segar yang disediakan dan berikan kepada jurutimbang sebelum disiang dan dimasak mengikut pilihan hati.


Si Penglipurlara handalan pun belum tentu dapat menghadirkankan rasa ikan siakap segar yang dimasak tiga rasa dalam penceritaannya. Namun begitu, dapat aku katakan bahawa sebaik sahaja hidangan utama diletakkan di atas meja, tus air liur jadinya. Inilah tindak balas normal seorang manusia tulen ke atas makanan yang membangkitkan nafsunya. Nafsu makan semestinya.


Dengan tangan kanan yang pura-pura tidak kenal erti kepanasan, aku merasmikan santapan pertama. Isi ikan segar yang 'juicy' berdampingan sos tiga rasa bagaikan melakukan eksplorasi ulung bermula dari pintu gua mulut hingga ke dalam perut. Segala rasa yang enak dan selayaknya muncul menyapa si pengunjung gua. Kepada tuhan ucapan syukur diutuskan atas anugerah lidah yang mampu menterjemahkan setiap kod rasa yang terkandung dalam hidangan malam bulan purnama terang itu.


Malam yang dingin seakan tidak mampu melenyapkan kehangatan badan yang terbit hasil ransangan berterusan ke atas deria rasa sendiri. Jika ini pertandingan realiti dan manik-manik peluh yang turun adalah undian, maka juara tentunya milik siakap tiga rasa ini. Mujurlah jus tembikai dan jus oren yang dipesan membantu menenangkan rasa keghairahan yang dialami dalam diri.


Bagaikan jauhari mengenal manikam, hanya yang telah menjamu selera tahu bagaimana sensasinya. Jika anda telah seharian memuji keindahan dan keunikan alam semulajadi di Kuala Selangor, maka inilah lokasi terbaik untuk menyempurnakan hari anda. Dengan harga berpatutan dan lokasi menawan, Aroma Ikan Bakar syurga makanan.

Tuesday, May 10, 2011

1 bulan

Sudah satu bulan tidak menulis di sini. Adakah tanda tanda sibuk atau penyakit lama berulang kembali? Aku rasa dua dua..huahauhauhaua

Artikel sebelum ini cerita pasal Manchester United ke semi final. Sekarang dah masuk final pun. Menunjukkan berapa lama aku tak tulis apa apa dekat sini.


Tapi memang betul betul sibuk sebenarnya. Dua minggu aku gunakan untuk menulis dalam blog lain. Dua minggu aku gunakan untuk siapkan satu laporan tanpa pertolongan penyelia (yang ada kerja dekat New York. Kalau tak bawa balik buah tangan memang tak tahu nak cakap, penat aku buat kerja dia sekarang).


Ada dua tiga artikel yang sangkut dalam telefon tangan/bimbit. Artikel yang ditaip semasa menunggu orang, menunggu makanan sampai atau menunggu khutbah jumaat. Artikel yang tidak siap yang kalau dihabiskan sekarang mungkin sudah tidak relevan.


Okey, selepas sebulan berehat, aku akan kembali. Dan pastinya satu artikel tentang Manchester United menjadi juara dalam EPL yang akan penuh dengan unsur unsur berlagak.


Nantikan. Ujar aku pada diri sendiri.

Tuesday, April 12, 2011

Manchester United ke Semi Final

Dalam setahun dua ini memang aku tak pernah begitu yakin yang Man Utd akan menang melawan Chelsea walaupun di Old Trafford. Bagiku, Chelsea dan Man Utd adalah setanding dari semua segi. Hanya pasukan yang benar benar kental dan bersemangat semasa hari pertandingan sahaja yang akan muncul sebagai pemenang.

Namun, untuk perlawanan kedua Champions League suku akhir pagi tadi, memang aku tersangat yakin dengan kemenangan Man Utd. Sedikit pun aku tidak risau. Malahan aku yakin yang para peminat Man Utd pun akan sependapat dengan aku.

Kenapa? Punca keyakinan aku bukanlah kerana prestasi Man Utd yang menang berturut turut kebelakangan ini. Bagiku, prestasi mereka konsisten iaitu di tahap kemuncak. Namun faktor sebenar keyakinan aku adalah kerana prestasi Chelsea yang merudum. Chelsea kini sudah tidak sehebat dahulu. Singa Aslan sudah hilang taringnya.

Ramai yang melihat faktor Torres yang dibeli dengan harga 50 juta pound sterling sebagai puncanya. Bagi aku ini memang benar. Kalau adiwira yang dikatakan hebat tidak dapat menjaringkan gol selepas 11 perlawanan, kesannya mesti terpalit pada rakan sepasukan. Rakan sepasukan pun mesti teragak agak untuk menghantar bola kepadanya, sekaligus merencatkan taktikal pasukan.

Ramai orang kata Torres dibeli oleh Abramovich dan bukan Ancelotti. Torres tidak sesuai dalam corak permainan Chelsea. Dan ternampak benarnya apabila Ancelotti menukarkan Torres semasa rehat separuh masa. Namun pasukan sehebat Chelsea tidak patut menjadikan Torres sebagai kambing hitam kerana bola sepak dimainkan sebelas orang. Bukan Torres seorang.

Apapun, kekalahan Chelsea menandakan juara bertahan EPL ini gagal membawa pulang sebarang trofi musim ini. Bagiku, zaman emas Chelsea hampir berlalu. Tiga orang tonggak Chelsea, Terry, Drogba dan Lampard sudah berusia. Ancelotti sekiranya dikekalkan mungkin mampu membentuk semula pasukan ini dan dapat menggunakan Torres dengan sewajarnya. Ah, itu cerita musim panas. Itupun, kalau Abramovich masih belum bosan menunggu Chelsea mendapatkan trofi yang paling dihajatinya.

Jadi begitulah. Kemenangan Man Utd lebih kepada kerana kelemahan Chelsea. Kalau tidak, tiada sebab Chelsea tidak berjaya menjaringkan gol semasa di Stamford Bridge minggu lepas. Perlawanan menentang Schalke 04 (hampir pasti) aku jangka tidak mudah. Mereka ini (bakal) mengalahkan Inter Milan iaitu juara bertahan. Jadi aku akan menantikan perlawanan ini dengan penuh debaran.

Macam mana cerita ini lebih kepada cerita mengenai Chelsea..huahuahuahuahua

Glory Glory Man Utd. 
We're the famous Man United and we're going to Wembley!

Monday, April 11, 2011

Catatan dari cebisan sejarah

Aku mulakan satu projek baru semalam. Satu projek mengumpul dan mencatat sejarah sesebuah organisasi. Bukanlah sejarah besar sangat pun dan tak adalah lama sangat pun. Cuma sekitar September 2009 hingga sekarang. Tapi selalunya kalau nak buat apa pun mesti mula dengan benda kecil dulu bukan.

Walaupun aku sebahagian daripada catatan sejarah itu tapi aku tidak mula dari awal. Aku hanya jadi sebahagian daripadanya bermula Januari 2010. Walaupun aku tahu sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku tapi sebahagiannya tidaklah aku ketahui secara terperinci. Ini salah satu cabaran sebenarnya. Untuk mengumpul kembali cebisan cebisan memori dan bukti daripada individu individu yang terlibat. Susah, lambat dan mungkin tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya.

Aku tidak bermaksud mencatat sejarah dari kaca mata seorang pemenang. Aku mahu catat sejarah yang benar benar berlaku. Sejarah yang ada baik dan buruknya. Sejarah yang tidak selalunya indah. Namun tidak pula aku mahu membuka pekung di dada mana mana individu. Yang berlalu biarlah berlalu. Yang salah sudah meminta maaf. Apa yang penting adalah pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.

Tujuan aku menulis sejarah ini antaranya untuk memberitahu generasi baru organisasi tentang pengalaman pengalaman yang telah dilalui organisasi sepanjang setahun setengah penubuhannya. Tentang jatuh bangunnya. Tentang kekalahan dan kemenangannya. Supaya menjadi iktibar dan kebanggaan yang berterusan.

Semoga catatan sejarah ini akan siap akhirnya.

Sunday, April 10, 2011

Harap harap bukan sindiket

Tengah tengah panas, aku berjalan di atas jejambat yang menghubungkan stesen komuter Bank Negara di Bukit Tunku dengan Jalan Raja Laut. Walaupun di bawah bumbung, masih terasa bahangnya.

Menghampiri hujung jejambat, kelihatan seorang wanita duduk memangku sambil menetek seorang budak kecil. Ya, aku tak nampak teteknya dan aku tak berhajat untuk nampak pun. Aku seluk kocek belah kanan, terasa kertas. Aku pasti itu baki duit makan aku sebanyak RM4. Dalam bentuk empat keping RM1. Berpuas hati, aku berlalu pergi.

Sesudah menyiapkan urusan aku di Maybank Jalan Raja Laut, aku kembali menuju ke arah jejambat. Kelihatan wanita itu masih memangku seorang budak kecil. Aku capai sekeping RM1 yang sudah aku asing dan berjalan menuju ke arahnya. Hampir saja aku dengannya, aku lihat dia mengeluarkan sehelai kain. Dengan kain itu, dia mengibas muka budak kecil itu.

"Celaka," desis aku dalam hati. Aku seluk kocek belah kanan, terasa kertas. Aku genggam dan keluarkan semuanya. Lalu aku masukkan dalam bekas yang berada di hadapan mereka.

Harap harap bukan sindiket.

Thursday, April 7, 2011

Latihan membawa kesempurnaan

Adalah satu 'falsafah' inggeris yang dalam bahasanya disebut 'practice makes perfect'. Tapi orang yang cipta falsafah ini agaknya tak berapa betul. Ingat komik Pendekar Laut apa nak capai kuasa tahap kesempurnaan. Yang sebenarnya tak adalah sempurna sangat pun sebab penggunanya akan pendek umur atau mati awal.

Aku percaya yang aku tak ada bakat menulis. Buat masa ini aku cuma ada sedikit kesungguhan rasanya untuk terus menulis. Mungkin cuma hangat hangat tahi ayam macam blog aku yang lepas lepas. Tapi aku percaya yang kesungguhan atau latihan yang berterusan akan memberi kejayaan.

Tapi aku yakin yang dengan membuat latihan aku akan mahir menulis. Aku akan menjumpai identiti tulisan aku dan tulisan aku akan sedap dibaca. Ini semua mungkin untuk kepuasan diri sendiri sebab bila aku membaca sesuatu, hati aku terasa nak memberi komen dan bila memberi komen, secara automatik ia akan menjadi panjang macam artikel. Macam sekarang.

Menulis dengan tujuan. Menulis tanpa tujuan. Menulis dari hati. Menulis dari akal. Menulis sembunyi sembunyi. Menulis terang terang. Menulis ikut logik. Menulis ikut nafsu. Menulis kerana perasaan. Menulis kerana wang. Banyak sebab kita menulis agaknya. Aku cuma harap sebab aku menulis adalah sebab yang aku mampu membuat aku hormat pada diri sendiri di kemudian hari.

Tuesday, April 5, 2011

Kalau dah nak jadi

Semalam aku sampai rumah dalam pukul sebelas malam. Dari jauh aku nampak rumah aku gelap. Normal. Sampai dekat dengar bunyi bising. Tidak normal. Sampai depan pintu dengar bunyi air mengalir. Gampang.

Imbas balik, rumah aku tak ada air masa aku pergi kerja waktu pagi. Sah aku terlupa nak tutup pili air lepas aku buka tengok ada air ker tak ada. Elok jer aku masuk rumah aku tutup pili air dekat dapur dan buka lampu. Ruang tamu dah penuh air dan bilik aku ada masuk sikit. Lagi dua bilik tak terjejas. Syukur sebab tak ada litar pintas.

Lepas salin baju kerja kepada sehelai seluar pendek aku tengok keliling. Hajat nak mandi lepas itu makan burger (aku tak sempat makan malam) dan terus tidur hilang terus. Sambil makan burger aku tengok keliling fikir nak mula dari mana. Burger dah tak rasa macam burger masa itu.

Aku mulakan dengan mengangkat buku buku yang dah basah kuyup atas lantai. Ada buku pelajaran dan ada buku komik. Komik pula komik 'rare' Jengking Merah yang pernah keluar dalam Mingguan Misteri tahun 1996 sampai tahun 1999 rasanya. Disebabkan terlalu 'rare', komik itu tak pernah keluar habis dekat Malaysia atau diulang cetak sepanjang pengetahuan aku. 5 jilid komik Jengking Merah (1-5) basah dan aku tak tahu macam mana nak bagi kering. Jadi aku kumpulkan mana mana buku yang basah dan letak dalam satu bilik yang tak terjejas sambil pasang kipas angin.

Lepas habis angkat buku dan komik baru aku terfikir pasal barang elektrik. Jadi aku angkat barang barang macam modem, periuk nasi, penjerang air dan seterika ke tempat kering. Rumah bujang bukan banyak sangat barang pun.

Kemudian aku angkat toto, bantal, sejadah, tuala dan tikar yang basah atas lantai ruang tamu dan jemur di beranda. Sambil sambil aku masukkan barang barang yang aku rasa tak dapat diselamatkan dah dalam plastik hitam. Antaranya kotak, suratkhabar dan kuih raya dua tahun lepas. Akhirnya ruang tamu dah jadi lapang untuk aku sapu air dan lap lantai.

Aku mulakan dengan mengemop bilik aku. Dapat juga dalam setengah baldi air. Selepas aku berpuas hati dengan tahap kelembapan bilik, aku bergerak ke ruang tamu. Ruang tamu lebih kronik jadi aku pakai penyapu dan sapu air keluar ke beranda bersama segala kotoran yang entah dari mana muncul. Mana mana kawasan yang jauh dari beranda takkan aku nak main tolak tolak air pula kan. Jadi aku menyapu air ke dalam penyodok dan seterusnya ke dalam baldi. Adalah dalam satu setengah baldi dapat. Jumlah kalau dicampur dengan air dalam bilik aku dan air yang aku tolak keluar, ada dalam 3 baldi juga dapat. Yang dah masuk dalam lubang lagi. Agak agaknya berapalah bil air aku bulan ini.

Okey, proses kat atas nampak senang kan. Tapi aku siap semua itu dalam pukul 2. Walaupun tahap kelembapan tidak memuaskan hati, aku dah tak larat nak sapu air. Sekurang kurangnya tak adalah sampai air bertakung. Kaki dan tangan aku pun dah kembang rasanya. Sambil aku terbaring di atas tilam menunggu mata nak pejam aku terfikir, kalau dah nak jadi, apartment tingkat 20+ pun boleh kena banjir..huahuahuahua

Sunday, April 3, 2011

Ini lawak Malaysia

Ada seorang kenalan aku, dia suka komplen pasal filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR). Aku kenal dia tapi aku rasa aku tak berkawan dengan dia. Sebab dia jenis yang suka kutuk member tapi member tak boleh kutuk dia. Dia punya toleransi untuk kena kutuk rendah. Bagi aku tak sedap nak berkawan sebab tak ada 'give and take'. Jadi aku anggap dia kenalan saja.

Okey, bukan nak cerita pasal dia tapi pasal pendapat dia terhadap filem HKLBR. Pada pendapat dia, lawak dalam filem itu bodoh, tak lawak dan membuang masa (padahal dia tengok sampai habis). Dan dia suka kutuk member yang tonton filem itu dan puji filem itu. Sebenarnya, dia sendiri yang tak faham kenapa ramai orang boleh suka tonton filem HKLBR.

Yang dia tak faham sebenarnya lawak dalam filem HKLBR. Itu bukan lawak bodoh. Itu lawak Malaysia. Bukan lawak 1Malaysia yer sebab rasanya tak ada watak bangsa lain dalam filem itu. Jangan salahkan pengarahnya kenapa tak ada bangsa lain. Mungkin dia buat filem yang dia senang dan dekat dengan hatinya nak arah.

Pada aku, inilah lawak Malaysia. Lawak yang dekat dengan hati penduduk Malaysia. Lawak yang kita faham dan kita senang nak gelak. Lawak yang berkaitan dengan kita. Lawak yang menggelakkan kita sebab kita pun tahu kita selalu buat benda benda itu. Benda benda macam tak ambil berat pasal jiran, pasal kepimpinan yang serabut dan pasal takut hantu.

Dan apabila aku menonton siaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (sejam yang pertama sebab nak kena balik rumah), aku senang melihat lawak lawak Malaysia diutarakan oleh para pengacara yang terdiri daripada pelawak pelawak dalam Malaysia. Dan rata rata hadirin ternyata gemarkan lawak lawak sedemikian. Cuma, aku rasa pelawak perempuan 'over' sikitlah terutamanya masa tak menang anugerah pelakon komedi popular..huahuahauhau

Dan ternyata kehadiran Usop dan Abi Hurairah untuk menyampaikan anugerah juga disambut hangat oleh rakyat Malaysia. Aku tak tonton lagi bahagian itu tapi aku dengar dari radio pagi tadi memang ramai yang suka. Dan bagi aku, pengarah HKLBR cukup pandai apabila membawakan lawak sebegini. Lawak Malaysia yang tidak bodoh.

Berbalik kepada kenalan aku itu, mungkin dia hanya tergelak dengan lawak lawak David Letterman dan Oprah. Tapi bagi aku, itu bukan lawak Malaysia. Itu memang lawak tapi bukan lawak yang boleh membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia macam pakcik di kampung dan budak tadika kemas tergelak. Dan sebenarnya, aku lebih suka untuk bergelak ketawa menonton lawak Malaysia.

Nota kaki: Kalau nak tengok lawak Malaysia yang bodoh, ada juga, cari filem arahan seorang pengarah itu, ah..malaslah nak sebut nama.

Saturday, April 2, 2011

Romantisme Manchester United

Perlawanan semalam aku tak tonton dari awal. Sebabnya aku sudah kena April Fool sama 'official facebook for MUFC'. Memang tak senonoh punya page.

12.30pm GMT sama dengan 8.30pm Malaysia. Perlawanan pukul 7.45pm. April Fool!
 Akibatnya aku sampai masa separuh masa kedua nak mula. Mula mula memang aku rasa lega sebab sampai tepat pada masa semua pemain  tengah masuk padang. Tapi perasaan lega bertukar bengang bila nampak pegawai perlawanan keempat pegang tanda pertukaran pemain dan Chicarito masuk padang.

Bengang kuasa dua pula berlaku masa aku nampak skor sudah 2-0 dengan West Ham mendahului. Apa benda semua ini. Takkan Man Utd tak boleh makan West Ham? Takkan Setan tak boleh makan Babi! Okey, ini semua sebelum aku tahu 2 gol itu hasil penalti dan Man Utd main macam biasa iaitu macam juara sebenarnya. Aku hanya tahu lepas permainan tamat.

Mula mula memang aku nampak macam permainan sedikit kelam kabut dan tergesa gesa nak menang. Dan apahal pula Giggs main pertahanan kiri. Hah..dah jumpa punca kena dua gol bila kamera zoom muka Kusczak. Memang gelabah sedikit pasukan malam ini sehinggalah minit ke 61 dengan kemasukan abang tenang, Berbatov.

Dengan ketenangan Berbatov memegang dan menggerakkan bola ke arah yang bersesuaian, pesta gol pun bermula. Okey, aku tak kata yang Berbatov punca untuk gol gol yang dijaringkan. Cuma dengan kehadiran Berbatov, satu mood baru yang lebih tenang dalam mencari peluang diterapkan ke dalam pasukan. Man Utd bermain dalam rentaknya yang sebenarnya dan semua pemain dapat mempamerkan mutu permainan yang sebenar.

Ulasan keseluruhan, Rooney yang telah mendapatkan sentuhannya kembali menjadi pemain terbaik untuk Man Utd. Fabio adalah sama hebat macam Rafael. Kuscak nampak tak tenang, rasanya belum atau mungkin tidak mampu menggantikan VDS. Berbatov memang kreatif, pandai mengubah mood pasukan apabila diperlukan. Giggs tetap hebat cuma sayang, terpaksa bermain seluruh permainan hingga mungkin tidak dapat diturunkan ketika menentang Chelsea nanti.

Keputusan minggu ini memang terbaik. Dengan Chelsea dan Arsenal hanya mampu seri, Man Utd selesa di depan dengan kelebihan 7 mata. Kemenangan dramatik Man Utd pula ibarat mengingatkan peminatnya agar tidak berputus asa hingga ke minit terakhir. Inilah romantisme Manchester United. 

Siri cerpen merapu mingguan 4: Sema'on berdating

Remaja lelaki bermuka muram.

Remaja perempuan pula sedang menangis teresak-esak sambil menekup muka.

Remaja lelaki menggeleng-gelengkan kepala lalu berkata sesuatu kepada remaja perempuan. Usai berkata-kata, dia berpaling dan melangkah pergi sambil bersiul lagu gerimis mengundang.

Namun langkahnya terhenti. Remaja perempuan memaut tangannya. Dia menoleh. Mata bertentang mata.

Dan mereka berpelukan.

Dan mereka bercumbuan.

Dan orang ramai pun bersorak serta bertepuk tangan. Seorang lelaki yang memakai kot mem'phewitt' dan menjerit, "Bravo! Bravo!". Dua tiga orang wanita yang berpangkat mak cik pula mengumpat sesama sendiri.

-------------

"Peh, macam cerita Bollywood," ngomel Sema'on seorang diri. Walaupun jaraknya dengan tempat kejadian agak jauh dan sepatah haram pun dia tak dengar apa yang remaja lelaki dan remaja perempuan gaduhkan, sedikit-sebanyak terpanggil juga dia untuk mengomen.

Bukk!!!

Sekonyong-konyong sebutir batu sebesar penumbuk budak lima tahun yang entah dari mana datang menerjah kepala remaja lelaki. Hasil momentum pelanggaran tersebut menyaksikan darah merah memancut-mancut dari kepalanya. remaja lelaki menjerit lalu perlahan-lahan terkulai di tanah. Remaja perempuan menjadi panik lalu histeria. Orang ramai yang menyaksikan kejadian bertempiaran lari, menyelamatkan diri atau mungkin bimbang dipersalahkan. Lelaki yang memakai kot paling awal dan paling laju berlari.

"Peh, macam cerita Hollywood pulak," ngomel Sema'on sambil tersenyum nipis. Dia sendiri tidak sedar bila masa tangannya mengambil batu di tanah dan bila masa tangannya kembali berada di dalam poket seluar. Ternyata skil baling batu sembunyi tangannya masih jitu dan mantap.

"Hai, kenapa senyum sorang-sorang tu? Dah tak betul ker? Hehehe," 'sound' seorang wanita dari belakang Sema'on. Serta-merta jantungnya kembali berdegup kencang teringatkan peristiwa lepas. Antara hendak tak hendak dia menoleh ke belakang.

"Erk, Nasha Aziz," Sema'on sedikit terjerit. Kagum barangkali.

"Hehehe, bukanlah. Saya Markonah. Awak nih mesti Sema'on kan?" tingkah wanita itu manja sambil menyingkap rambutnya yang sedikit menutupi dahi.

"Eh, yer, saya Sema'on. Nice to meet you," Sema'on serta-merta menegapkan dirinya bagai dalam posisi jaga sedia. First impression itu penting fikirnya. "Eh, yang nih siapa pula?" Sambungnya bila terperasan ada seorang lelaki di belakang Markonah.

"Hai, saya kawan Markonah. Saya datang nih sebab nak tunjuk satu barang bagus dekat abang Sema'on," sampuk kawan Markonah yang pakai baju T pink bunga-bunga dengan seluar ketat.

"Erk, barang bagus apa pulak nih?" Sema'on garu kepalanya yang tidak gatal. Dia terasa sedikit rimas dengan kehadiran lelaki yang tidaklah begitu lelaki ini. Pening juga dia memikirkan sebab-musabab Markonah membawa lelaki tersebut ke acara dating mereka hari itu.

"Haa, saya ada jual gelang magnet yang sekarang tengah glamer nih," balas kawan Markonah sambil menayangkan gelang di tangan kanannya betul-betul depan mata Sema'on. Terkerut-kerut juga muka Sema'on dek kerana silau cahaya gelang dan bau kari dari jari-jemari lelaki itu. "Belilah bang. Hari nih saya bagi diskaun gila-gila dekat abang. RM5000 jer bang dan otomatik abang akan jadi 'downline' saya," sambungnya lagi dengan manja.

"Eh, Saya lelaki mana pandai pakai gelang, makan kuih gelang pandailaa," terkial-kial Sema'on cuba mengelak. Kalau bukan kerana Markonah, sudah lama dia melutut dagu kawan Markonah itu kerana cuba menjual benda yang bukan-bukan kepadanya.

"Gelang nih 'unisex' bang. Lagipun sapa yang pakai gelang nih boleh jadi kebal bang, macam saya." Beria-ia benar kawan Markonah yang pakai baju T pink bunga-bunga dengan seluar ketat mempromosi gelang magnet tersebut. Untuk cukupkan kuota bulan itu barangkali. Markonah yang kini berposisi di belakang kawannya menggelengkan kepala sambil tertunduk malu.

Sreeettt!!!

Belum sempat kawan Markonah menyambung kata, sebuah motosikal besar berkuasa tinggi membuat 'wheelie' lalu brek mengejut di kawasan antara tempat Sema'on melepak dan tempat remaja lelaki terkulai. Sema'on, Markonah dan kawannya yang pakai baju T pink bunga-bunga dengan seluar ketat menjadi terkejut sehingga melopong mulut.

"Bruce Wheelie!" Sema'on bersuara sedikit terjerit sebaik sahaja penunggang motosikal besar berkuasa tinggi menanggalkan helmet kura-kura dan spek hitam dari kepalanya yang botak. Kenal benar dia dengan lelaki itu suatu ketika dulu.

Bang! Bang!

Tidak semena-mena kawan Markonah yang pakai baju T pink bunga-bunga dengan seluar ketat kena tembak dua das tepat di dada. Sekali lagi kelihatan darah merah pekat memancut-mancut seperti paip pecah. Markonah panik dan cuba untuk histeria bila melihatkan keadaan tersebut namun tidak jadi apabila Sema'on menarik tangannya. Sema'on mengangkat tubuh kawan Markonah yang sudah tidak bermaya sambil mengerling ke arah Bruce Wheelie yang sedang mengacukan senapangnya ke arah mereka!

"Run, Markonah, run!" jerit Sema'on dalam bahasa Inggeris. Dalam cemas, sempat lagi dia berlagak 'cool' di depan Markonah. First impression itu penting!

Bang! Bang!

Dua das tembakan dilepaskan dengan pantas oleh Bruce Wheelie ke arah Sema'on dan Markonah. Namun pantas lagi Sema'on menahan peluru-peluru itu menggunakan tubuh kawan Markonah yang sedang mengaduh sakit. Sambil mencampakkan tubuh kawan Markonah ke arah Bruce Wheelie, Sema'on dan Markonah berpegangan tangan melarikan diri macam lipas kudung.

"Damn!" jerit Bruce Wheelie bengis sambil melutut dagu kawan Markonah yang melayang ke arahnya.

Friday, April 1, 2011

Belajar sambil bekerja

Semalam ada seorang kawan aku yang sedih dan stress. Puncanya sebab dia rasa susah bahagi masa antara kerja dengan pelajaran sarjananya secara part time. Benda benda macam ini memang biasa bagi orang yang baru nak berjinak dalam bidang belajar secara part time ini.

Aku pun belajar secara part time sambil bekerja. Disebabkan dah lama menceburi bidang ini, aku rasa aku faham masalah dia. Dan sebab dia kawan aku maka aku rasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat yang aku harap dapat menenangkan hati dia. Okey, aku berjaya menasihatkan dia. Biasalah, cakap kosong kan mudah.

Walhal selepas aku nasihat dia lebih kurang, aku rasa aku patut nasihat diri aku sendiri. Perasaan belajar itu sebenarnya aku rasa dah hilang dari hidup aku. Aku dah tak bersemangat macam masa mula mula aku belajar dulu.

Dah tiga tahun aku belajar. Daripada lima subjek yang aku sepatutnya lepas, aku baru lepas dua. Subjek yang ketiga aku dah ambil empat kali dan subjek yang keempat sekali. Gagal berulang kali. Dan dah beribu habis untuk aku bayar yuran tahunan dan yuran periksa dalam Pound Sterling. Memang Pound tengah jatuh sekarang tapi puak kapitalis itu lagi pandai, dinaikkan yuran itu setiap semester. Dan aku terperangkap untuk membayar dan terus membayar.

Okey, part bayar itu aku tak kisah sangat. Sebabnya, kalau aku dah dapat kelulusan yang aku cari, perlahan lahan aku dapat pulangan yang melebihi apa aku modalkan. Ini kira pelaburan bagi aku. Tapi yang aku kisah sekarang adalah sebab sebab kenapa aku gagal berulang kali.

Aku rasa api semangat untuk belajar tu dah terpadam. Kalau dulu aku pergi kelas, walaupun tak dengar sangat apa yang pensyarah ajar, sekurang kurangnya dapat juga bawa balik ilmu sikit sikit. Dan dulu ada juga ujian ujian yang perlu aku buat. Tapi sekarang ini, aku lebih kepada belajar sendiri. Walaupun aku pergi kelas tapi aku tak pasti apa yang aku dapat. Minda lebih ke lain dan percaya atau tidak, dalam dua tiga hari nak periksa sebenar baru aku mula bekerja keras untuk belajar bersungguh sungguh.

Aku memang susah nak belajar seorang, malas bukan main. Satu lagi aku macam dah terlupa kepentingan belajar. Bagi aku, belajar ini hanya satu bonus sebab aku dah kerja sekarang. Kiranya, masa depan aku dah terjamin. Jadi belajar ini boleh buat main main. Aku rasa ini antara sebab kenapa kini aku gagal berulang kali.
Bila aku bandingkan aku dengan kawan aku, banyak bezanya. Dia ada tiga kelas malam seminggu manakala aku hanya ada satu dan kadang kadang di hujung minggu. Buat yang tak biasa, kelas malam selepas kerja lapan jam memang sangat memenatkan, mengantuk dan tak akan dapat menumpukan perhatian dalam kelas.

Dia ada macam macam tugasan nak kena buat. Ala, peringkat sarjana memang kena buat macam macam kajian kan. Aku mana ada semua itu. Malahan aku sengaja ambil kelas yang tak perlu buat tugasan dan ujian untuk kesenangan hidup aku. Dia ambil serius tentang pembelajaran dia tapi aku buat rilek saja. Dia berhenti main game untuk sambung belajar tapi aku tidak.

Jadinya, aku layak ker nak nasihat dia? Aku rasa tak layak langsung. Aku rasa baik aku nasihat diri aku sendiri. Dan aku rasa bila aku pergi kelas malam ini baik aku tumpukan perhatian semampu yang boleh. Jangan hanya pandai tulis saja.

Buat kawan aku, aku yakin yang kau akan berjaya. Walaupun kadang kadang kita rasa putus asa dan nak berhenti tetapi bertahanlah. Cakap memang senang tapi cubalah dulu. Cuba tengok aku, tidak berputus asa walaupun gagal berulang kali. Hey, aku baru saja dapat tahu satu kelebihan aku..huahuahahua

Izinkan aku berikan satu nasihat lagi walaupun aku tahu aku tak layak. Kalau boleh jangan pendamkan perasaan seorang diri. Cari keluarga mahupun kawan untuk berkongsi masalah. Kalau pendam pendam sangat nanti boleh membawa kepada kemurungan.

Aku akan mencontohi semangat kau untuk perjuanganku sendiri. Takkan selamanya aku nak tersangkut kan. Sesungguhnya dengan menasihati kau umpama menasihatiku sendiri. Terima kasih kawan.

Wednesday, March 30, 2011

Politik dalam Merong

Menonton filem Merong Mahawangsa mengingatkan aku kepada satu perkara, sebenarnya semua manusia cintakan kedamaian dan inginkan kebaikan menang ke atas kejahatan. Dan semua mahukan pemimpin yang adil saksama dan sanggup bekorban demi keamanan tanah air dan masyarakatnya. Dan kalau pemimpin itu kacak, tidak buncit dan tidak keding maka itu satu bonus.

Namun bila aku baca berita berita mutakhir, aku jadi tak faham. Kenapa pemimpin pemimpin yang kita pilih (walaupun tidak secara langsung) saling tuduh menuduh, dan saling menganiaya, tak macam Jehan (aku tak ingat nama watak) yang selepas kalah boleh mengaku Merong sebagai pemimpinnya. Merong pula tak menipu atau guna taktik kotor masa bertanding, maka semua orang hormat kepadanya.

Berbeza dengan sekarang. Kalau ada pertandingan memilih pemimpin, maka ada dakwaan taktik kotor digunakan. Ada dakwaan rasuah dan ada dakwaan pengundi hantu. Tak ada kah pemilihan yang telus yang boleh disaksikan semua orang macam perlawanan Merong menentang Jehan? Makanya apabila pemimpin dilantik pasti ada suara suara sumbang yang kedengaran yang mengatakan pemimpin itu tak layak dan sebagainya.

Itu satu hal. Bila dah dilantik lain pula halnya. Timbul pula suara rakyat yang diabaikan, nepotisme, kronisme, rasuah lagi dan pengagihan kekayaan yang tak sama hanya disebabkan sesetengah kawasan itu tak memilihnya masa pertandingan. Kenapalah nak buat macam ini sedangkan semuanya rakyat jelata. Adakah ini satu balasan dan peringatan akibat tak memilih si pemimpin? Kalau aku lah, sampai bila pun aku tak akan pilih ketua yang membeza bezakan rakyat yang dijaganya. Biarlah aku berjaya cara lain, cara yang aku suka.

Aku yakin dulu datuk nenek kita mengangkat senjata melawan musuh bagai Merong melawan Geruda bukan untuk melihat tanah air kita dipimpin begini. Pastinya mereka harapkan semua orang hidup aman damai dan menikmati hasil bumi tercinta ini secara sama rata. Okey, melampau agaknya kalau nak harapkan jenayah sifar. Sebab itu perlu ada polis, tentera dan mahkamah. Tapi sekurang kurangnya biarlah pemimpin itu bertanding secara telus, tak mengamalkan rasuah dan tak saling menuduh sebab nak menang pilihan raya.

Yang ini pula aku nampak perbezaan antara penduduk Semenanjung Emas dengan Malaysia sekarang. Dulu tak ada pula penduduk nak bergosip atau mempersoalkan kewibawaan Merong walaupun sebelum itu dia kaki romen dan pernah bunuh orang. Yang penting dia boleh buat kerja atau dalam konteks masa itu berani duduk depan masa perang. Sekarang ini kita lebih suka cerita pasal skandal seks pemimpin dari cerita pemimpin itu ada buat kerja atau tak. Bukanlah aku nak menggalakkan perlakuan tak senonoh tapi sepatutnya kita lebih mengutamakan kerjanya betul tak.

Oo..baru aku faham kenapa politik dalam Merong tak boleh diaplikasikan untuk politik zaman sekarang. Itukan cerita dongeng..huahuahuahua

Sunday, March 27, 2011

Earth hour: Jangan pandang luaran

Earth Hour ini disambut selama sejam bermula pukul 8.30 malam 26 Mac setiap tahun. Seingat aku, Malaysia turut serta menyambut Earth Hour bersama sama penduduk di seluruh dunia lebih kurang 3-4 tahun yang lepas. Tugas utama penduduk dunia semasa Earth Hour ialah bergelap dan mengurangkan penggunaan bahan api selama sejam antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.


Okey, aku sebenarnya terlupa dan tak sambut pun Earth Hour ini. Walaupun aku tak sambut tapi tak bermakna aku tak sokong. Aku cuma terlupa saja walaupun Earth Hour ini telah dikormesialkan sebegitu hebat sekali. Salah aku sebenarnya. Namun apa yang aku nak komen adalah dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa projek Earth Hour ini tidak berhasil.


Kata mereka, projek Earth Hour tidak berhasil kerana dikormesialkan. Ramai manusia hanya suka duduk bergelap beramai ramai atau berdua duaan selama sejam dan lepas itu kembali membazirkan bahan api sekaligus menyeksa bumi. Kata mereka lagi, apa guna berjimat selama sejam jika hasilnya tidak seberapa malahan aku rasa ada kajian yang dibuat untuk membuktikan bahawa bergelap selama sejam semasa Earth Hour meninggalkan kesan yang lebih teruk ke atas bumi. Aku macam pernah dengar tapi aku tak pasti.


Sebenarnya, apa yang aku rasa cuba disampaikan oleh penganjur dalam projek Earth Hour bukanlah bermaksud dengan bergelap itu dapat memberikan sumbangan besar secara terus ke atas bumi. Bukan. Apa yang cuba disampaikan mereka pada aku adalah supaya penduduk dunia ini berhenti sekejap dan berfikir. Bila dah duduk dalam gelap dan tak buat apa apa selalunya manusia akan berfikir. Secara tak langsung ini menyuruh manusia berfikir tentang dunia, tentang kerosakan yang dilakukan dan tentang apa sumbangan yang patut manusia lakukan untuk menyelamatkan dunia ini.


Dengan terlibat sama dalam projek Earth Hour, secara tak langsung mereka berasa bahawa mereka telah terlibat sama dalam misi menyelamatkan dunia. Dalam proses itu mereka mungkin akan berasa seronok. Sebenarnya manusia memang senang berasa seronok apabila melakukan kebaikan. Memang dah lumrah kot. Dan bila manusia mula berasa seronok, pasti mereka akan cuba mengulangi keseronokan itu. Dari sini, akan timbul satu kesedaran untuk menjaga bumi ini yang walaupun kecil tetap layak dipanggil kesedaran.


Tak percaya ataupun tak paham dengan apa yang aku cakap? Okey, aku beri satu contoh mudah. Sekarang ini kan ada kempen tiada beg plastik di kompleks membeli belah pada hari Sabtu. Kalau ikut logik, manusia akan marah kerana ini membebankan mereka. Mana tak beban kalau beli sampai penuh satu troli tapi tak ada beg plastik. Ada penentangan tapi minimal. Yang majoriti menyokong usaha ini dan sanggup keluar duit 20 sen kalau terpaksa, contohnya kalau beli barang basah macam ikan. Kenapa manusia menyokong perkara yang membebankan mereka? Kerana ada kesedaran bahawa apa yang mereka buat ini menolong bumi dan secara tak langsung mereka rasa seronok. Okey, aku tak tahu pasal orang lain tapi memang aku rasa seronok kalau dapat membuat sesuatu untuk bumi. Mungkin kerana aku asal dari tanah.


Siapa berani kata yang dia pasti benda ini tak ada kaitan langsung dengan projek Earth Hour? Aku tak berani sebab aku dapat kaitkan benda ini dengan benda itu. Dan siapa kata yang dengan mengkomersialkan Earth Hour, projek ini tak menepati matlamatnya. Bagi aku komersial itu penting sebab dapat menyampaikan info dan promosi kepada lebih ramai orang untuk turut serta. Ala, kalu ditengok balik, tak perlu sebenarnya bergelap selama sejam kalau masa tidur kita tutup lampu. Dari situ kita dah dapat bergelap 6-8 jam. Setiap hari pula. Namun yang penting pengisiannya. Kita bergelap 6-8 jam untuk tidur tetapi kita bergelap sejam untuk berfikir tentang bumi.


Kesimpulannya, jangan pandang luaran sahaja pasal projek Earth Hour ini. Cuba tengok apa kesan yang mampu dicapai apabila manusia berfikir tentang bumi selama sejam dan berjam jam sebelum itu melalui promosi yang dijalankan. Kalau tengok dalam tv pun mesti ada perasaan terharu bila nampak bandar bandar utama dunia memadamkan lampu dan bergelap. Satu perasaan yang indah bukan?


Nota kaki:
JAIS:       Ni buat apa dalam gelap dua orang nih?
Pasangan: Err..sambut Earth Hour, bang..huahauhaua

Saturday, March 26, 2011

CEWAH: Coretan dan pengalaman

Untuk edisi sulung siri baca buku ini, aku nak memperkenalkan sebuah buku yang baru dilancarkan oleh Sindiket Sol-Jah pada malam ini di Maskara Shorties. Buku bertajuk CEWAH ini adalah hasil karya saudara Pipiyapong, seorang blogger yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sebenarnya tak ada apa pun yang ingin aku nak ceritakan pasal buku ini. Sesiapa yang mengikuti Pipiyapong pasti dapat mengagak isi kandungan buku CEWAH. Tambahan pula, aku baru saja beli buku ini dan baru tengok gambar gambar yang ada sambil baca dua tiga cerita pendek. Jadi tidak layak untuk aku bercerita tentang buku ini sebenarnya. Lagi pula, kalau aku bercerita tentang isi kandungannya, bukankah sudah menjadi 'spoiler' terhadap buku ini?

Lalu, apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan di sini. Aku hanya hendak bercerita tentang kenapa aku ingin sangat memiliki buku ini. Dan kenapa pula aku membeli buku ini tanpa berfikir dua tiga kali seperti semasa aku membeli buku buku lain di kedai buku.

Aku mengenali saudara Pipiyapong dan blog Hilang Punca pada hujung tahun 2009. Sejak itu aku memang tertarik dengan gaya dan cara penulisannya yang bersahaja tapi padat dengan pengalaman hidup, sesuatu yang jarang ada pada blog blog lain. Tapi aku tak ada lah sampai nak terikut ikut guna 'gua' 'lu' macam dia. Sedikit kesal kerana aku terlewat mengenalinya sehingga terlepas blooknya yang pertama, KACIP. Oleh itu, mendengar khabaran blook keduanya akan berada di pasaran, mengenangkan blook pertamanya yang tidak diulang cetak biarpun ribuan yang meminta membuatkan aku tidak sabar untuk segera mendapatkan blook terbarunya ini.

Sesungguhnya aku kagum dengan saudara Pipiyapong yang berprinsip. Kalau dia hendak, boleh saja dia ulang cetak blooknya. Permintaan dah beribu dan senang senang sahaja kalau dia mahu kaya. Tetapi baginya dan rakan rakannya, konsep 'rare' dalam buku yang diterbitkan membuatkan ianya tidak akan diulang cetak lagi. Jarang sekali aku terjumpa dengan orang orang yang berprinsip kuat untuk berkata tidak kepada keuntungan di hadapan mata.

Lalu aku beli dan aku percaya orang lain juga membeli blook CEWAH bukan semata mata kerana isi kandungannya. Namun lebih kepada menyokong prinsip hidup saudara Pipiyapong yang tidak hidup berpaksikan keuntungan. Dan lebih kepada rasa terima kasih atas suka duka yang dikongsinya secara jujur bersama pengunjung pengunjung blognya. Malahan aku sedikit terkilan apabila ada yang mempersoalkan harga blook tersebut. Walaupun aku orang luar, aku rasa harganya berpatutan dan sepatutnya blook ini tidak dinilai dengan harganya tetapi dengan isinya.


Secara jujurnya aku mengakui, terlintas juga di fikiran untuk membeli dua tiga buah blook CEWAH ini sebelum kehabisan. Mudah sahaja untuk membuat untung atas angin seperti mlm dengan menjualnya dengan harga berlipat kali ganda. Pasti ada pembeli. Namun hasrat itu aku buang jauh jauh sambil berasa malu pada diri sendiri. Pertamanya kerana ini bukan blook aku dan keduanya tidak layak untuk berkata aku mengkagumi saudara Pipiyapong jika aku berbuat sedemikian.


Maaf, mungkin entry ini kelihatan terlalu memuji atau membodek. Tapi aku rasa aku sudah tulis apa yang aku rasa. Dan aku sudah puas hati dengan apa yang aku tulis. Akhir kata dan sebelum kembali menyambung pembacaan, aku 'quote' sedikit dari blook ini untuk penghayatan bersama.

"Nak menulis ni, ko kena ada buah pelir." - Pipiyapong, CEWAH 2011




Nota kaki: Terima kasih Pipiyapong untuk autograf anda dan kerana mengakui MU power walaupun dalam hati kau mesti dah mencarut carut masa tu..huahuahuahua

Siri cerpen merapu mingguan 3: Sema'on salah orang

Hari: Sabtu (hari kebiasaan untuk berdating).
Cuaca: Sepoi-sepoi bahasa yang sejuk mata memandang.
Lokasi: Rahsia tapi tahu juga akhirnya.

Sema'on sampai di tempat yang dijanjikan tepat pukul 12 tengah hari. Tergesa-gesa juga dia tadi sampai berpeluh-peluh satu badan. Namun Sema'on tak kisah kerana kewangian badannya dijamin one drop perfume. "Cuma setitik, wangi sepanjang masa," begitulah kata-kata Rozita Che Wan, artis popular dari dalam tv yang mendorong pembeliannya tempoh hari.

"Tak sia-sia aku beli perfume ni sampai sekotak," Sema'on bersuara antara dengar dan tidak. Pada mulanya dia berasa rugi kerana terpaksa membeli sampai 4 botol yang dipek sekotak. Alasan mak cik tuan punya kedai minyak wangi kecil-kecilan itu, susah nak jual sebotol-sebotol. "Kurang mendapat sambutan," tambah mak cik itu lagi sambil tersenyum sinis.

Sema'on memandang sekeliling. Jauh pemandangan luas pengalaman bak kata sesetengah cikgu. Kompleks membeli-belah ini memang super besarnya. Tak hairanlah kalau tempat ini dinamakan supermarket. Namun tuan punya tempat ini tak berkenan dengan nama supermarket. tak berjiwa Malaysia katanya. Lantas dinamakan Menara Wak Asan sempena namanya.

Menara Wak Asan memang unik dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Mengikut pelan asal, Kompleks membeli-belah, pejabat dan tapak funfair ini dijadualkan dibina setinggi 100 tingkat. Namun atas sebab bantahan keras segelintir rakyat Malaysia di dalam sebuah grup fesbuk 'Kami Membantah Menara Wak Asan Kerana Namanya Tak Sedap', rancangan asal dipinda. Wak Asan, seorang tokoh konglomerat terkenal menggelengkan kepalanya kecewa. Atas dasar merajuk, beliau mengambil keputusan mendirikan bangunan setingkat yang luasnya 100 kilometer persegi. Namun nama Menara Wak Asan dikekalkan. Ada nilai sentimental katanya. Entah betul entah tidak.

"Hello, awak ni encik Sema'on ker?" suara lembut wanita dari belakang mengganggu pembacaannya di papan penerangan sejarah Menara Wak Asan. Dia meneguk air liur. "Masanya sudah tiba," fikirnya.

"Yes, saya Sema'on," balasnya sambil berpaling ke belakang dengan perasaan berdebar-debar. Mukanya dikontrol agar kelihatan lebih kacak dari biasa.

Sebaik terpandang si wanita, Sema'on jadi panik dan gelabah macam ayam berak kapur. Perasaannya dari berdebar-debar jadi termengah-mengah. Dua-tiga kali air liur diteguk tapi masih kering tekaknya. Lidahnya jadi kelu seribu bahasa. Dia hilang punca!

"Aa, baguslah kalau awak ni encik Semaon," sambung si wanita sambil tersenyum. Nampak benar perasaan lega yang terpancar di wajahnya.

"Er..awak ni..awak ni..cik Markonah ker?" akhirnya Sema'on berjaya menyusun huruf-huruf membentuk kata-kata. Dia memandang dari atas ke bawah wanita yang memiliki susuk tubuh saling tak tumpah macam Adibah Nor itu. Lagu 'Pelamin Anganku Musnah' dendangan Azie terngiang-ngiang di telinganya.

"Eh, taklah. Ini saya jumpa dompet dekat atas lantai tadi, Ada mykad encik di dalamnya," balas wanita itu sambil mengunjukkan sebuah dompet kulit cap boye ke arah Sema'on. Terkejut juga Sema'on sambil meraba-raba poket belakangnya. "Bila masa dompet aku jatuh?" getus hati kecilnya.

"Eh..eh..hehe..eh..eh," Sema'on kehilangan kata-kata sekali lagi. Dia berasa betul-betul bersyukur. Namun dia kurang pasti sama ada dia bersyukur kerana dompetnya tak hilang atau kerana wanita itu bukan Markonah.

Sema'on memandang ke depan. Wanita itu telah kembali ke pangkuan familinya, seorang lelaki yang kacak dan ada gaya abah-abah bersama seorang anak kecil yang comel. Anak kecil itu memang comel, fotogenik dan ada nilai komersial. Kalau berlakon iklan pet pet kompem laku.

"Don't judge a book by it's cover," Sema'on bersuara antara dengar dan tidak sambil menggeleng-gelengkan kepala. Sama ada dia faham maksud sebenar peribahasa itu dia sendiri kurang mengerti.

Wednesday, March 23, 2011

Siri rasa makanan: kueytiaw goreng dang wangi

Antara kedai masakan mee goreng dan kueytiaw goreng yang aku rasa sedap dalam kuala lumpur ini terletak bersebelah kedai kasut bundle dan balai polis dang wangi. Kedai ini walaupun nampak biasa biasa sahaja dari pandangan zahir sebenarnya menyimpan resepi mee goreng dan kueytiaw goreng yang memang sedap menusuk sukma.


Kedai ini yang sampai sekarang aku tak tahu namanya kepunyaan sepasang suami isteri (aku rasalah, tak pernah sibuk nak tanya) kategori otai. Cara masakannya memang sempoi, sepinggan sekali. Disebabkan cara masakan ini, waktu menunggu boleh sampai ke tahap satu jam kalau orang ramai dan berdegil nak tunggu. Tapi masa menunggu itu memang berbaloi. Percayalah.


Okey, sambil sambil tunggu pengunjung boleh mengalas perut dengan telur rebus, pisang, cucur udang dan tauhu sumbat. Tauhu sumbat aku tak pernah rasa tapi cucur udang dia pun sedap juga. Kalau yang tak sabar menunggu boleh saja makan nasi lemak, mee rebus dan juga laksa. Tapi selalunya kalau sudah datang memang aku tunggu juga.


Antara mee goreng dan kueytiaw goreng, aku nampak ramai yang pilih yang kedua. Tapi bagi pendapat peribadi aku, aku lebih suka dengan mee gorengnya. Resepi memang sama tapi mee goreng dia lagi sedap. Aku rasalah. Lagipun kalau kueytiaw goreng, aku rasa ada satu tempat lain yang lebih sedap.


Kadang kadang kalau ramai sangat orang, mak cik juga akan memasak sebab tempat masakan ada dua. Pekerja yang lain macam tak diajar cara memasak, mungkin tak nak mereka buka cawangan sendiri. Tapi selalunya dalam hati aku akan berharap bahawa pinggan yang aku pesan akan datang dari kuali pak cik. Mungkin sebab dalam hati aku masakan pak cik lebih sedap kot..huahuahua


Aku harapkan kedai ini akan berkekalan buat satu jangka masa yang lama. Tapi nampaknya pelan peralihan kuasa tidak berjalan lancar sebab tak nampak anak mahupun anak murid pak cik. Memang penat nampak dia memasak tak berhenti henti sepanjang masa.


Okeylah, mee goreng aku pun dah sampai. Makan dulu sementara panas. Sedaappp.

Buat troll berpada pada, butthurt jangan sekali

Aku kadang kadang bengang juga dengan sikap segelintir yang melabel diri mereka kaki troll nih. Okeylah, tak kisah kalau sesetengah benda yang tak sensitif sangat tu kau nak troll. Nak troll peminat Manchester United ker, nak troll peminat Fasha Sanda ker, nak troll penyokong Pakatan Rakyat ker tak kisah lah. Benda benda tu bukannya penting sangat pun. Kau nak troll sampai kau mati pun aku peduli apa. Kau punya sukalah.

Tapi takkan semua benda  pun kau nak troll atas sebab kebebasan bersuara. Contohnya pasal isu pelbagai bangsa dalam Malaysia ini. Semua orang tahu yang bangsa bangsa dalam Malaysia ini belum cukup bersatu lagi. Walaupun dari luaran nampak hidup aman damai, sebenarnya antara bangsa masih ada perasaan iri hati dan syak wasangka. Belum boleh dikatakan bangsa Malaysia.

Kau tahu tak dengan perbuatan kau mentroll satu bangsa, bangsa-bangsa lain yang iri hati tumpang sekaki menggelakkan bangsa itu. Bila jadi macam itu, kesannya macam 'domino effect' bila bangsa yang kena gelak mula rasa bengang dan marah marah lalu saling mengutuk pun berlarutan. Okey, aku rasa ramai yang sedang berusaha ke arah bangsa Malaysia terutamanya yang muda muda. Hanya segelintir yang kurang matang saja yang sanggup menggelakkan bangsa lain nih. Tapi atas sebab tindakan kau itu, benda yang baru nak disemai mungkin hancur punah. Masyarakat lain lain bangsa boleh kembali berbalah dan syak wasangka. Sampai bila nak bersatu macam ini?

Benda ini aku sudah nampak sejak dari Malaysia Today lagi. Bangsa Melayu atau bumiputera selalu kena kutuk oleh pengomen pengomen yang kononnya professional. Tapi kalau bangsa lain kena kutuk, mengamuk  pula dia orang semua. Sebab itu aku muak dan tak masuk sana dah. Muak dengan perangai pengomen walaupun ada sesetengah artikel yang membuka mata aku tentang Malaysia. Okey, aku bukan Perkasa atau Pekida nak mempertahankan Melayu, tapi aku rasa semua bangsa pun ada masalah. Tapi buat apa kita nak saling mengutuk dan mencerca. Sama samalah perbaiki kesilapan diri dan berjuang ke arah perpaduan. Ke arah bangsa Malaysia.

Kepada si suka troll nih, dah tak ada benda lain ker nak troll sampai benda yang boleh memecahbelahkan bangsa Malaysia pun suka? Lepas itu kalau ada pengomen yang tak setuju dianggap 'butthurt'. Peh, kuasa besar betul kau yer, apa yang kau kata kau panggil troll, apa yang orang lain kata kau panggil butthurt. Macam gampang.

Yang sedapnya jadi si troll nih, selalunya dia orang banyak pengikut. Jadi bila ada pengomen yang tak bersetuju dengan si troll, pengikutnya akan beramai ramai mengutuk si pengomen ala ala 'gang bang'. Ini mengingatkan aku kepada konsep buli di sekolah. Selalunya yang jadi mangsa akan dibuli secara jemaah oleh pembuli pembuli. Kalau sorang lawan sorang memang susah nak jadi kes buli nih.

Okey, ini pendapat peribadi aku. Aku rasalah, orang yang suka troll nih kemungkinan masa sekolah dulu dia mangsa buli atau kena troll secara fizikal. Dan dia tak dapat melepaskan kemarahannya sama ada kerana dia tak ada junior atau dia pun dibuli oleh junior. Akibat tak dapat melampiaskan nafsu amarahnya, dia terbawa bawa sampai ke dewasa. Jadi sekarang bila dia boleh troll orang dalam internet, blog dan forum dia rasa sangat best. Best gilerrrr.

Sebenarnya aku tak ada hak pun nak halang si kaki troll nih. Kalau dilayan lebih lebih pun tak dapat faedah pun. Kalau aku komen pun, aku akan letak pendapat aku dan 'move on' dan tak tengok dah artikel si kaki troll. Bukan apa, kalau asyik berbalas komen kang jadi perang plak. Menghabiskan masa jer.

Apapun, kepada si kaki troll, selamat bertroll. Yalah, kau sorang jer yang pandai troll, orang lain pandai butthurt jer kan.  Aku pun kadang kadang bergelak ketawa juga bila tengok orang butthurt dengan kau punya troll, terutamanya penyokong Liverpool..huahuahuahua

Tuesday, March 22, 2011

Memahami masalah hutang Manchester United

Hai semua terutamanya para ABU. Okey, aku tahu korang tengah fikir idea nak bahan Man Utd tapi tak jumpa jumpa lagi kan? Tak apa, hari ini aku murah hati. Jadi mari aku bagi satu idea malar segar iaitu masalah hutang Man Utd.

Untuk yang sentiasa mengikuti perkembangan Man Utd terutamanya para ABU, mesti korang sudah terkekeh kekeh ketawa apabila membaca berita Red Football Joint Venture Limited, syarikat induk setan merah merekodkan kerugian bersih sebanyak seratus empat perpuluhan tujuh juta Pound Sterling untuk musim lepas.

"Macam mana boleh rugi nih, musim lepas bukan untung enam perpuluhan tiga juta Pound ker?" tanya mereka iaitu para ABU. Jawapannya ialah tiada Cristiano Ronaldo kedua yang dijual pada musim ini. Senangkan jawapannya.

Okey, antara sebab utama kerugian adalah kerana sebanyak empat puluh perpuluhan tujuh juta Pound dibelanjakan untuk menggantikan loan bank berfaedah tinggi kepada bon bernilai lima ratus dua puluh enam juta Pound dan tiga puluh juta Pound sebagai pembayaran faedah loan.

"Banyak nak mampus hutang, macam setan!" para ABU pun berkata.

Ya, pemilik Man Utd memang lebih setan daripada setan merah. Untuk membeli Man Utd dulu, mereka meminjam daripada bank yang mengenakan faedah tinggi. Selepas terkena faedah yang begitu tinggi, mereka beralih kepada bon untuk menggantikan loan bank. Untuk info ringkas, bon atau sekuriti mirip kepada hutang yang perlu dibayar pada apabila matang pada masa yang ditetapkan namun pemilik bon perlu membayar kupon kepada pembeli bon. Bon yang diisu pemilik Man Utd ini akan matang pada tahun dua ribu tujuh belas dengan kupon lebih lapan peratus. Ketika ini, lagu gali lubang tutup lubang dendangan Salleh Yaakob mungkin akan bermain di minda.

Tapi itu belum cukup setan lagi. Yang lebih setan apabila terkandung di dalam prospektus bon menyatakan pemilik Man Utd boleh mengeluarkan duit kelab antaranya untuk membayar hutang dan membayar diri mereka sendiri sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih kumpulan (induk dan subsidiari)setiap tahun. Memang dasar kapitalis, lintah darat dan along. Betul-betul perah duit keluar dari kelab secukup rasa.

Kalau nak diceritakan lebih lanjut tentang hutang ini memang tak buat kerja lain aku hari ini. Bagi aku sebab utama hutang hutang ini menjadi semakin besar bila orang tak ada duit nak beli barang. Bila tak ada duit beli barang, buat hutang. Bila tak ada duit bayar hutang, buat hutang lagi besar dan seterusnya. Dari sini kita boleh nampak konsep kad kredit dari skala besar. Oleh itu berjaga jagalah wahai pemilik kad kredit dan penghutang semua. Anda semua adalah Glazer skala kecil.

"Apakah ada sinar harapan lagi untuk setan?" tanya para ABU.

Maafin saya para ABU, Man Utd bukanlah Leeds yang rebah kerana hutang. Pada tahun 1901 ketika masih lagi bergelar Newton Heath L&YR F.C (ada orang kata kalau tak tau fakta ini Man Utd fan poser namanya), kelab ini dibebani hutang sehingga diancam bankrupsi. Namun telah diselamatkan oleh John Henry dan ditukar nama kepada Man Utd pada 1902. Pada tahun 1927, sekali lagi kelab ini dibebani hutang namun diselamatkan James W Gibson. Jadi perkara hutang ini sebenarnya bukan masalah kerana pasti ada mereka yang berminat untuk menyelamatkan si setan merah.

Akhir kata, aku harap syarikat si Glazer tak mampu bayar hutang dan terpaksa melepaskan 'cashcow' kesayangan mereka. Apa ada hal, kecil tapak tangan kumpulan penyokong kaya Man Utd, "Red Knights",dulang petroleum tok arab tadahkan. Mungkin lumrah dunia, pasti ada manusia yang akan terjerumus ke lembah setan..huahuahua

Sumber nombor: Bloomberg

Filemnya menyentuh jiwa

Hujung minggu lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Aswara untuk menyaksikan filem filem arahan Akira Kurosawa. AK merupakan seorang pengarah yang disegani bukan sahaja di Jepun, malahan sampai ke Amerika.

AK kalau dalam Malaysia aku rasa setaraf dengan P Ramlee. Sudahlah filem filem hitam putih dia banyak menang anugerah, kebanyakkannya pula masih malar segar sampai sekarang. Malahan pengarah macam George Lucas pun terinspirasi daripada karya arahan beliau.

Okey, sebenarnya aku tak pernah pun menonton filemnya sebelum ini. Yang paling dekat pun anime Samurai Seven yang dibuat berdasarkan filem Seven Samurai. Oleh itu apabila ada kesempatan menonton filem filem beliau di dewan kuliah Aswara (secara percuma!), peluang ini tidak aku lepaskan.

Tiga filem yang aku tonton sepanjang festival filem sempena 100 tahun kelahiran AK itu berlangsung. Dua adalah filem terkenalnya iaitu Seven Samurai dan Yojimbo manakala satu lagi filem bertemakan birokrasi dan kemasyarakatan, Ikiru. Sedikit terkilan kerana tak dapat menonton sebuah lagi filem terkenalnya, Sanjuro kerana komitmen kepada keluarga.

Filemnya menjadi bukti bagaimana cara arahan dan intepretasinya menjadi ikutan dan model kepada pengarah pengarah terkenal di seluruh dunia. Dan aku juga sedikit kesal apabila tidak mencari maklumat atau setidak tidaknya membaca wikipedia tentang filem filem AK yang lain. Sebabnya, bila aku baca balik macam mana dia buat filem filem itu, apa inspirasi dia dan apa objektif dia, rasa nak tengok pula. Mungkin nanti nak kena pergi beli dvd pula..huahuahuahua

Apapun terima kasih atas sumbangan filem filem kau wahai Akira Kurosawa. Walaupun kau sudah tiada, terasa juga aku nak mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepadamu. Dan sesungguhnya, walaupun aku hanya mengenal kau melalui google, Wikipedia dan filem filem kau, tercalit juga sedikit rasa bangga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kau. Terasa yang aku juga mampu pergi lebih jauh dan membuat sesuatu yang bermakna dengan hidup aku kini.

Nota kaki: Aku peminat Vagabond. Kalaulah aku tahu dari awal filem Sanshiro Sugata adaptasi daripada Miyamoto Mushashi, pasti aku pergi tengok.

Sunday, March 20, 2011

Bola sepak Malaysia: kelab atau negeri?

Ini hanyalah satu pandangan aku mengenai bola sepak Malaysia. Pandangan ini bersifat peribadi dan mengikut pemahaman sendiri.

Ada seruan supaya pasukan negeri perlu dimansuhkan dari bermain dalam liga bolasepak tempatan dan kelab-kelab bola ditubuhkan seperti Gombak United dengan Petronas sebagai pemegang syer utamanya. Ini sebab FA negeri yang menguruskan pasukan negeri menggunakan duit yang diberi penaja dan FAM untuk menguatkan pasukan masing-masing, bukannya untuk perkembangan bola sepak negeri seperti liga bola sepak negeri dan akademi bola sepak negeri. Betulkan kalau aku salah.

Tak dinafikan dari satu sudut, seruan ini banyak yang betul. FA negeri tidak patut mentadbir pasukan negeri. FA negeri patut memfokuskan pada perkembangan negeri, pada liga bola sepak budak sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. FA negeri patut membangunkan akademi bola sepak negeri supaya anak-anak muda lebih berminat masuk akademi bola sepak dari akademi fantasia, awek-awek cun lebih mengejar keeper johan bola sepak daerah daripada mengejar johan karaoke negara dan makcik-makcik lebih sibuk mempertikaikan kemenangan juara bolasepak negeri berbanding juara lagu!

Namun begitu, aku berpendapat yang pasukan negeri tak patut dibubarkan. Pasukan negeri sepatutnya disyarikatkan, anak-anak watan dapat menjadi pemegang-pemegang syer dengan membeli saham semudah membeli ASB atau sijil simpanan premium. Badan pengurusan yang berdaya saing dan berjiwa business dilantik agar dapat menarik penaja, menjana sumber kewangan berterusan sekaligus membuat keuntungan. Kalau tak untung dan kerugian berterusan, atau kalau manager asyik fikir macam mana nak kalah, peminat-peminat boleh bawa placard ke stadium menyuruh pengurusan berundur dan manager dipecat untuk digantikan dengan lagenda pemain. Kalau nak cepat boleh buat EGM dan undi tak percaya.

Jadi apa bezanya pasukan kelab macam Gombak FC, Gadek United dan Gunosukod Pangaits dengan pasukan Selangor, Melaka dan Sabah. Perbezaan yang paling utama yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah pasukan bola sepak dan sumber kewangannya ialah jumlah penyokong. Kalau nak kaji jumlah penyokong sesebuah pasukan, kita kena tengok jumlah kepadatan penduduk kawasan atau daerah pasukan tersebut diasaskan atau menjadi wakil kawasan tersebut.

Untuk membuktikan jumlah kepadatan penduduk menyumbang kepada pasukan yang menjadi wakil pasukan tersebut, aku ambil liga super Indonesia sebagai benchmark. Kalau ada orang tanya kenapa tak ambil EPL, La Liga atau liga-liga yang sekelas dengan kemasyhuran mereka, jawabnya liga-liga itu mempunya penyokong unversal di seluruh dunia. Hatta dari Ceruk Tok Kun sekalipun ada yang menyokong pasukan-pasukan hebat seperti Liverpool, Blackpool dan juga Wolves. Jadi kepadatan penduduk di kawasan tersebut sudah tidak penjadi penentu utama kepada kelansungan hidup pasukan-pasukan tersebut.

Berbalik kepada Liga Super Indonesia (LSI), kalau mengikut www.world-gazetteer.com, 18 kawasan di Indonesia mencapai kepadatan penduduk melebihi 500 ribu orang. Juara musim 2009/10 ialah Arema Indonesia, letaknya di Malang dan berkepadatan 1.75 juta penduduk. Daerah Malang ini menempatkan satu lagi pasukan iaitu Persema Malang di dalam LSI, puratanya 875 ribu penduduk untuk setiap pasukan. Manakala naib johan musim 2009/10 ialah Persipura Jaya, letaknya di daerah Papua yang berkepadatan penduduk 2.9 juta (2010). Daerah Papua menempatkan satu lagi pasukan iaitu Persiwa Wamena. Jadi 1.45 juta penduduk untuk setiap pasukan. Secara ringkas, total timnas bola dalam Liga Indonesia ialah 161 pasukan (ISL sampai Divisyen Kedua jer sebab Divisyen Ketiga dikira Liga Amatur), tapi Indonesia ada 237 juta penduduk, jadi secara puratanya ada 1.47 juta penduduk untuk setiap pasukan. Tak hairanlah kalau setiap pasukan ni mampu berdaya saing sesama sendiri kan.

Kalau kita lihat keadaan di Malaysia, rata-rata daerah berkepadatan rendah. Hanya 11 daerah yang melebihi kepadatan 500 ribu penduduk iaitu 6 di Selangor (Subang Jaya, Klang, Ampang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan Shah Alam), 2 di Sabah (KK dan Sandakan) dan 3 lagi masing-masing di Johor Bahru, Ipoh dan Kuching. Aku rasa hanya 11 daerah nih jer yang akan survive dari masalah kewangan kalau menjadikan kutipan tiket sebagai hasil pendapatan utama. Kalau Gombak FC yang berkepadatan 80 ribu penduduk nak berlawan dengan Pasir Mas FC yang ada 19 ribu penduduk, sapa laa yang nak pergi tengok.

Apa yang aku nak sampaikan di sini? Bagi aku, pasukan negeri tak patut dimansuhkan sama sekali. Sebabnya pasukan negeri sudah terbukti ada market dan ada penyokong sendiri. Pasukan negeri sepatutnya diasingkan daripada FA negeri dan disyarikatkan. Biarkan orang ramai dan syarikat-syarikat besar di Malaysia menjadi pemegang saham, bukan hanya setakat penaja. Petronas contohnya mungkin akan menaja negeri yang berkepentingan dengan mereka seperti Sarawak, Plus dengan KL dan Pahang dgn Genting (boleh dipertimbangkan kot). Maybank, CIMB, Maxis pun mesti nak tumpang sekaki sekali untuk promosi.

Dalam masa yang sama, daerah-daerah yang berkepadatan penduduk tinggi tu boleh diketengahkan menjadi pasukan kelab. Kelab-kelab nih risikonya rendah sebab dengan kepadatan tinggi, penyokongnya dijangka ramai. Macam pasukan negeri jugak, saham-saham patut dijual kepada orang ramai dan syarikat-syarikat besar. Buat apa letak iklan Ini Daerah Celcom dekat merata Ampang kalau Celcom tak berani beli saham Ampang Jaya FC. CEO-CEO syarikat besar, datuk-datuk dan VVIP pun kena ubah skop pemikiran. Buat apa taja artis glamer sampai setahun dua yang akhirnya merejek korang kerana kegemukan dan kehodohan korang. Baik korang taja kelab bola Subang Jaya United, lagi berfaedah. Senang citer, Selangor jer laa yang kita mansuhkan dari Liga Malaysia dan pecahkan kepada 6 kelab berasingan..huahuahua.

Akhir kata, kalau diformulakan dengan betul, pasukan kelab dapat mempunyai jumlah penyokong yang ramai untuk menjana pendapatan mereka sekaligus duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pasukan negeri yang ada.  

Siri cerpen merapu mingguan 2: Sema'on si pandai mengayat

"Woof! Woof! Woof!"

Anjing Rottweiler bernama Augustine milik jiran Sema'on menyalak garang sebaik ternampak Sema'on keluar dari rumah. Augustine memang jaki dengan Sema'on sejak Sema'on menempelengnya berulang-kali tidak lama dahulu. Semuanya gara-gara Sema'on mengesyaki Augustine cuba menggoda kambing peliharaannya. Dua minggu juga Augustine demam panas akibat terkena penangan Sema'on.

Sema'on buat endah tak endah dengan salakan Augustine. Dia memeriksa peti surat kaler merah di tepi pintu pagar rumahnya. Banyak juga surat hari itu seperti surat hutang bank, surat cinta dan surat saman trafik. Dia menyimpan sepucuk surat ke dalam saku dan mencampak yang lain ke dalam tong sampah kaler hitam milik jiran sebelah iaitu tuan Augustine. Augustine yang mulanya berlagak garang akhirnya kecut perut dan terdiam apabila dijeling tajam Same'on. Sambil bersiul lagu Justin Bibir, dia masuk ke dalam rumah dengan hati berbunga.

Dengan rilek Sema'on mengoyak sampul surat lalu menunggang isi kandungannya keluar. Beberapa helai lembaran saman ditatapnya. Helaian terakhir mencatatkan nombor yang patut dihubungi jika ada sebarang pertanyaan atau kompelin. Tanpa berlengah lagi Sema'on mencapai telefon rumahnya dan mendail nombor tersebut. Dua tiga kali juga dia tersalah tekan akibat mendail terlalu laju. Sambil menunggu panggilan dijawab dengan cara mengepit gagang di celah leher dan bahu, surat-surat saman yang dipegangnya dikoyak dengan bersahaja.

-------------

"Krinngg krinngg" x20

"Hihihi," Markonah gelak terkekek-kekek. Dialog lawak sang hero dalam novel cinta yang baru dibeli bagaikan menggeletek ketiaknya. Dia bagaikan berada dalam dunianya sendiri. Bunyi telefon yang menjerit-jerit di sebelah seakan tidak berupaya menembusi taik telinganya. Skil curi tulang yang diasah setiap hari memang mantap. Patutlah balik-balik mesin yang menjawab mengatakan operator masih sibuk dan akan menjawab sebentar lagi.

"Ehemm," bunyi suara berdehem tidak jauh dari tempat duduknya membawa Markonah kembali ke alam pekerjaan. Dia kenal benar suara si supervisor yang kebiasaannya datang meninjau sejam sekali. Dengan satu gerakan pantas, penanda buku diselitkan sambil tangan kiri menyambar gagang.

"Hello, jabatan saman DBKL, boleh saya bantu?" sapa Markonah sopan walaupun hatinya memaki-maki. Terbantut pembacaannya yang baru nak masuk peringkat sedap.

"Hello, cik Markonah yer. Saya Sema'on," balas Sema'on sambil menggaru-garu hidung yang tidak gatal. Tanda-tanda 'nerves' sedang melanda dirinya.

"Oh, encik Sema'on yer. Macam mana, dah dapat surat-surat saman tu?" tanya Markonah kembali. Wanita bujang berusia lewat 30an dan cepat sentap jika digelar andartu itu menyandar ke kerusi sambil kaki dilunjurkan ke bawah meja. Postur badan begini memang sesuai kalau nak pekena sembang lama-lama.

"Inilah masalahnya cik Markonah, saya dah dapat surat tu tapi dalamnya kosong, tak ada surat saman pun," selamba Sema'on berbohong. "Bohong sunat," bisik hati kecilnya.

"Haii, minta maaf bebanyak encik Sema'on. Masuk kali nih dah lapan belas kali encik terima sampul surat kosong yer. Kalau saya bos, memang saya dah pecat opisboy yang tak reti buat kerja tu," balas Markonah sedikit kesal."Tak apa encik Sema'on, nanti saya marah si opisboy tu," tambahnya lagi.

"Hahaha, tak apa cik Markonah, jangan marahkan opisboy tu, kesian dekat dia," sambut Sema'on. "Err, saya dah habis baca novel 'Kakiku di Pipimu' yang cik Markonah rekomen hari tu. Memang kelakar tak ingat. Memang melampau lawaknya, hahaha," gelak sakan Sema'on sambil membuka topik lain.

"Hihihi, memang lawak kan. Paling lawak bila si heroin bla bla bla..." balas Markonah girang. Dia memang suka kalau diajak bercerita pasal novel cinta dan lain-lain lagi, tambah-tambah kalau masa bekerja. Biasalah kalau ulat bulu berjumpa ulat buku, memang banyak topik yang nak disembangkan.

------------------

"Ehemm ehemm," sekali lagi bunyi suara berdehem tidak jauh dari tempat duduknya membawa Markonah kembali ke alam pekerjaan, sejam kemudian.

"Err, baiklah encik Sema'on, diharap penjelasan saya dapat membantu." Cepat-cepat Markonah mengeluarkan ayat 'kaver line'. Nada suara dilaras agar kedengaran professional. Jarinya pantas menyambar pen dan mengisi borang kompelin dengan lirik sebuah lagu rakyat. Biar nampak gaya rajin bekerja.

"Terima kasih cik Markonah, jangan lupa temujanji kita yer, tata." Sema'on mengakhiri perbualan. Faham benar dia kenapa nada suara Markonah berubah tiba-tiba. Maklumlah sudah lapan belas kali dia bersembang dengan Markonah. Namun sekali ini berjaya juga dia mengajak wanita itu keluar 'date' pada hujung minggu nanti.

Sema'on tersenyum-senyum seorang diri sambil membuka fesbuk. Sekali imbas dia membaca coretan status 'friends'nya yang berderet-deret. Sejurus pandangannya tertarik pada status seorang lelaki. Dengan satu klik pada nama membawanya ke 'profile' si lelaki yang dijadikan kenalan atas dasar minat yang sama. Tersengih-sengih dia melihat komen-komen sang empunya diri yang berselang-seli dengan komentar seorang makwe yang agak cun.

"Ceh, budak mentah yang masih berbau pupuk jerangau," ejek Sema'on. "Apa barang mengorat pakai fesbuk, semua orang boleh tengok. Mengorat pakai telefon laa baru ada kelas, kahkahkah" gelak Sema'on berdekah-dekah sambil mengklik link 'Mafia Wars' di fesbuknya.